Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

21/01/2012

Koleksi Auta Dan Penipuan PAS Selama Ini.


Oleh: HHalem.

1- Anehnya, apabila PAS mengatakan perjuangannya adalah jihad untuk menubuhkan negara Islam.

Penipuannya, selepas 60 tahun, tiba-tiba Hadi kata Negara Islam tiada dalam Perlembagaan PAS dan tiada dalam Al-Quran. Bahkan PAS telah menukar halatuju asalnya ingin menegakkan negara Islam, kini berubah kepada konsep negara berkebajikan bagi mengambil hati rakan sekutu DAP.

2- Anehnya, apabila Pas berkata UMNO jadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MCA dan MIC. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur," (Kuliah di Marang 1983).

Penipuannya, apabila PAS berkomplot dan berpelukan dengan DAP serta calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. Bahkan pemimpin PAS tanpa segan silu turut menjulang panji-panji DAP.


3- Anehnya, apabila Pas berkata, "Haram bagi orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin."

Penipuannya, apabila didalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Penang.

4. Anehnya, aabila Pas berkata, "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi."

Penipuannya, selepas Pakatan menang di Selangor, mereka tidak pula menutup kilang-kilang arak di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship, sedangkan dahulunya Pas begitu marah dengan kilang-kilang tersebut.

5. Anehnya , apabila sebelum ini PAS mengata Pak Lah ketika beliau TPM yang menguruskan virus JE, "Badawi di arab jaga unta tapi Badawi di Malaysia jaga babi."

Penipuannya, apabila Kerajaan Selangor bersama Pas kini cuba mencanggih serta menambah luaskan ladang babi di negeri itu tanpa dituduh sebagai 'kerajaan hal ehwal babi'.

6. Anehnya, apabila Pas berkata kerajaan membenarkan hiburan dan konsert hingga menyebabkan gejala sosial berlaku dikalangan anak muda.

Penipuannya, apabila Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menganjurkan konsert dan hiburan melampau ketika hampir bulan Ramadhan tetapi tidak pula ditegah atau ditentang oleh PAS habis-habisan.

7. Anehnya, ketika Anwar dituduh dengan tuduhan Liwat dan Zina, PAS kata, "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan mesti ada empat orang saksi." Perkara sama dituturkan Pas semasa kes Mat Sabu dituduh berkhalwat.

Penipuannya, apabila ramai penceramah PAS menuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan membunuh, rasuah, seks dan sebagainya tanpa sebarang bukti mahupun saksi dengan alasan kononnya Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

8. Anehnya, apabila Pas berkata, "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir."

Penipuannya, apabila Pas Kedah yang baru memerintah berkata, "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua perkara seperti menutup pusat judi, kerana di Kedah ramai orang bukan Islam berbanding Kelantan."

9. Anehnya, apabila Pas berkata, "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang kepada dasar Islam adalah sesat dan kufur."

Penipuannya, apabila PAS berjihad bersama DAP dan PKR. Bahkan DAP LAH yang memimpin PAS hari ini walaupun parti itu jelas menolak negara Islam sebagai dasar partinya.

10. Anehnya, apabila Pas berkata, "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud bertentangan dengan Quran”... "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir."

Penipuannya, Pabila Pas melalui Menteri Besar Kedah menegaskan "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah."

11. Anehnya, apabila Pas berkata UMNO mungkar kerana membenarkan pembinaan kuil yang banyak, terutamanya di Batu Caves.

Penipuannya, apabila PAS Kelantan telah mengizinkan pembinaan tokong Budha tidur yang terbesar di Asia. Bahkan pemimpin Pas turut bersedekah wang yang banyak kepada tokong-tokong berbanding di masjid-masjid.

12. Anehnya, apabila Pas berkata, UMNO mungkar kerana membenarkan kumpulan liberal yang menghina Islam menulis dalam akbar seperti Astora Jabat, SIS etc.

Penipuannya, apabila Harakah turut membenarkan Raja Petra menjadi penulis tamu mereka sedangkan Pas tahu RPK adalah individu yang sering mempertikaikan Islam.

13. Anehnya, apabila amanat Hadi menyatakan, "Menentang UMNO adalah jihad kerana UMNO tak pakai undang-undang Islam untuk memerintah, dan andai kita mati menentang mereka maka kita akan mati syahid."

Penipuannya, apabila PAS memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun, Trengganu 4 tahun dan kini Kedah serta Selangor. Namun hari ini mereka mengatakan undang-undang hudud bukanlah menjadi keutamaan Pas. Adakah menentang PAS hari ini boleh disifatkan sebagai jihad dan syahid?

14. Anehnya, apabila Pas berkata UMNO tidak amanah kerana kononnya membazirkan wang rakyat.

Penipuannya, apabila PAS melesapkan berjuta duit koperasinya sendiri iaitu Ko-Hilal, wang kutipan tabung Memali, ladang rakyat, balak di Lojing, Bazar Tok Guru, derma aka rasuah tajaan Nik Aziz ke Mekah oleh syarikat yang dapat kontrak dengan kerajaan Kelantan, skandal menantu jadi CEO anak syarikat Kelantan etc.

15. Anehnya , apabila Pas berkata tidak boleh berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO tolak Islam.

Penipuannya, apabila Pas kini bekerjasama erat dengan DAP yang berkata, "Kami menentang negara Islam (Lim Kit Siang)” dan "Langkah mayat saya dulu jika nak tubuh negara Islam (Karpal Singh)”. Bahkan pemimpin Pas Perak pernah berkata, "Bekerjasama dengan DAP, lebih mulia daripada berkerjasama dengan UMNO."

16. Anehnya, apabila Pas berkata, "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah."

Penipuannya, apabila Pas hanya mendiamkan diri dengan pelbagai pusat mungkar yang wujud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Malah PAS terpaksa tunduk dengan berbagai tuntutan DAP.

17. Anehnya, apabila Pas berkata, "Tidak boleh mewujudkan jemaah Islam lain selain Pas kerana Pas merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud selepas itu adalah penentang gerakan Islam," Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS.

Penipuannya, apabila PAS meredhai kewujudan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR. Bahkan Pas berkerjasama begitu erat dengan mereka. Kenapa ahli PKR tidak pula disuruh bubar dan masuk Pas?

18. Anehnya, apabila semasa berkerjasama dengan Semangat 46, Pas memuji kebijaksanaan Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Bahkan Pas pernah bertakbir dalam majlis mereka.

Penipuannya, apabila Tengku Razaleigh dan Rais Yatim membubarkan Semangat 46, Pas telah mengutuk mereka dengan pelbagai kata nista. Adakah selepas ini Pas juga akan turut mengutuk PKR dan DAP sekiranya kerjasama antara mereka hari ini gagal?

19. Anehnya, apabila Pas berkata tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam kerana ia boleh menyebabkan Islam seseorang itu terbatal.

Penipuannya, apabila Pas telah berbaik dengan pemimpin Yahudi IFC serta Majlis Peguam yang jelas menentang Islam di negara ini.

20. Anehnya, apabila Pas berkata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO disebabkan dasar mereka yang tidak Islam.

Penipuannya, PAS tidak pula marah apabila ada umat Islam yang menyertai PKR dan DAP. Bahkan PAS pula menyeru ahlinya untuk menolong PKR dan DAP demi kemenangan di PRU ke-12. Adakah DAP dan PKR cenderung kepada dasar Islam?

.....................
Justeru itu, sewajarnyalah Pas kembali bermuhasabah diri dan menilai semula perjuangan mereka bersama DAP dan PKR.

Adakah perjuangan Pas selama ini benar-benar untuk menegakkan agama Allah?

Adakah gabungan Pas bersama DAP dan PKR benar-benar menguntungkan Islam dan orang Melayu?

Adakah Pas selamanya mahu menjadi kuda tunggangan dalam ikatan Komplot Pembangkang?

Kita pasti, jika PAS keluar dari Pakatan dan menyertai Umno, Melayu akan terus berkembang !

Di ambil dari Julia JF yang beliau petik dari ‘Saya Sayang Tun’ dengan sedikit olahan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive