Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

28/06/2012

Dr Kassim Ahmad–PAS Feudal Fanatik Kosong. Anwar Hanya Tahu Fitnah.


Oleh: HHalem.
“PAS itu apa ada?" 
"Bukan ada apa, sebab Melayu fanatik pada ulama. Feudal ulama ini dua kali lima”

Berikut ialah pandangan Dr Kassim Ahmad mengenai politik tanahair (bukan buku hadis beliau).
Pandangan beliau terhadap PAS yang beliau katakan fanatik feudal kosong dua kali lima.
Pandangan beliau terhadap PKR pula dikatakan hanya bersandarkan fitnah Anwar terhadap Najib.

Dr Kassim tidak menyentuh langsung mengenai buku beliau yang kontrovasi yang dikatakan anti-hadith.

Ikuti Wawancara Malaysiakini di rumah Dr Kassim Ahmad di Kulim.


.................................
Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat masih dibelenggu masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno, berbeza dengan pentadbiran bapanya Tun Razak Hussein sekitar 1970-an.

Sarjana kontroversi Melayu Dr Kassim Ahmad berkata, rasuah di kalangan pemimpin Umno yang bermula di zaman perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membarah ekoran tiada tindakan tegas membendungnya.
(HHalem: Rasuah politik, sekecil-kecil seperti menyuap Perwakilan Umno sehingga ke sebesar-besarnya di mulakan oleh Anwar ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Contohnya kes RM3 billion dimana Anwar dan Azmin bermaharajalela)

"Mungkin terlampau ramai (terlibat). Jadi kalau diambil tindakan tegas, semua (pemimpin) sekali habis. Jadi dia (Najib) tidak berani. Ini masalah besarlah,"

-Kata bekas tokoh gerakan kiri yang menyertai Umno sehingga 1995.

Dr Kassim juga berkata, selain kekuatanya yang sering turun padang, pentadbiran Najib juga mengalami masalah keberkesanan fungsi sektor awam yang didakwanya membazir dan "berat di atas".

"Perkhidmatan awam 1.4 juta (kakitangan), saya tak fikir demikian banyak kita perlu," katanya sambil berkata kira-kira 25 peratus tenaga kerja patut disalurkan ke bidang kritikal lain seperti pertanian.

"Kerap pejabat kerajaan di berat ke atas. (Ada Ketua) pengarah, timbalan ketua pengarah, pengarah kanan, pengarah kiri, top heavy. Kita boleh buang sebahagian daripada itu, kita boleh kurangkan pembaziran."

Ditanya tentang serangan persepsi terhadap Najib dan anggota keluarganya, Dr Kassim bagaimanapun melihat asakan pembangkang dalam hal itu tidak akan berjaya kerana ia bersandarkan "fitnah" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau kita bersandar kepada (isu) Altantuya (Shaariibuu), ini berdasarkan (tuduhan) Anwar sendiri. Kalau ikut Najib sendiri, dia dah sumpah di masjid lama dah," kata Dr Kassim lagi.

Bagaimanapun, menurut Dr Kassim, ini diimbangi dengan kelebihannya memperkenalkan pelbagai program tranformasi, termasuk mensasarkan Malaysia sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020, menyelaraskan pembangunan luar bandar dan mempelopori gerakan wasatiah.

Ditanya sama ada semua kelemahan itu membolehkan Umno dan BN kehilangan Putrajaya dalam pilihan raya umum depan, Dr Kassim berkata, perkara itu mungkin tidak berlaku ekoran pembangkang juga tidak kuat.

"Dia (BN) dah ditumbangkan dalam beberapa negeri. Di Kelantan pun berapa lama. (Tetapi) PAS itu apa ada? Bukan ada apa sebab Melayu fanatik pada ulama. Feudal ulama ini dua kali lima," katanya.

Bagaimanapun, katanya. sekiranya pembangkang masih mempunyai seorang pemimpin hebat seperti Ahmad Boestamam, hasrat mereka itu tidak mustahil boleh menjadi kenyataan.

Menyentuh pentadbiran Razak, selain memastikan amalan rasuah tidak berlaku, Dr Kassim menyifatkan "bapa pembangunan" itu sebagai perdana menteri terbaik ekoran langkahnya melaksanakan banyak perubahan dasar.

"Kudeta pada (perdana menteri pertama) Tunku (Abdul Rahman) dan perubahan banyak dasar,"

       -Kata Dr Kassim ringkas ketika ditanya apa lagi jasa-jasa Razak kepada negara ini.
(HHalem: Kudeta (Perancis:Coup d'État) bererti "penggambilalihan kekuasaan")

Dalam perjalanan politik Dr Kassim, faktor Tunku memainkan peranan besar apabila berjaya membuatkannya pulang daripada mengajar di Universiti London bagi mengambil alih Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) daripada pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam.

"Marah pada Tunku saya balik buat PSRM, ambil alih dari Boestamam,"

Namun, kemarahan pada kerajaan itu mengendur apabila Razak dengan keterbukaannya yang cuba membawa masuk PSRM sebagai parti kompononen BN. Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya apabila hasrat itu tidak berjaya disampaikan kepada Dr Kassim.

"Malangnya, Tun Abdul Razak meninggal dunia awal di London, kerana penyakit leukemia. Apabila saya mendengar berita ini, air mata saya tiba-tiba saja mengalir!"

-Catat Dr Kassim dalam memoir Mencari Jalan Pulang.

Sementara itu, bercakap tentang dua lagi bekas perdana menteri, Dr Kassim beranggapan kepimpinan Dr Mahathir walaupun dikritik hebat tetapi masih mempunyai lebih kebaikan daripada keburukan.

"Takkkanlah dengan 30 peratus keburukan berbanding 70 peratus kebaikan kita hendak salahkan Mahathir,"

 -Katanya yang menyerahkan sendiri borang Umno kepada Dr Mahathir itu pada tahun buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semula diterbitkan.

Beliau juga berkata kelebihan perdana menteri paling lama yang "pragmatik" itu apabila mudah dibawa berbincang dan mempunyai pemikiran terbuka, walaupun terhadap musuhnya.

"Tengoklah dalam buku dia (autobiografi) Doctor in the House, masa depa nak buat itu, Anwar dok tepi dia, sambil dok bincang pasal Anwar. Begitu punya demokratik,"

 -Kata Dr Kassim mengimbas kembali pemecatan Anwar pada 1998 oleh Dr Mahathir.

Manakala Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, pula dianggapnya paling lemah, tidak mempunyai watak atau idea yang tegas.

"Pak Lah ini orang tangkap gambar dia kebanyakannya dia sedang tidur semasa bermesyuarat,"

Bagaimanapun, di sebalik semua kelemahan pemimpin Umno itu, Dr Kassim melihat masih terdapat tokoh-tokoh baru yang masih boleh menyelamatkan parti itu daripada karam seperti Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

"Tapi mereka harus belajar lagi. Mereka muda lagi. Mereka perlu sekurang-kurangnya sepuluh tahun lagi hendak sampai ke situ,"

Dengan syarat, kata Dr Kassim lagi, ahli Umno perlu dikursuskan berhubung patriotisme Melayu dalam konteks patriotisme Malaysia, sejarah negara ini dan falsafah berdasarkan al-Quran.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

3 comments:

  1. Dr.Kassim Ahmad : "Tokoh Penentang Hadis" yang sepatutnya diperangi,kerana menggunakan logik akal dan mengenepikan pendapat alim ulamak dalam mentafsirkan ayat-ayat A-Quran.

    Sila layari laman blog beliau yang lantang bersuara menyebarkan kesesatan tanpa sebarang kekangan.

    Salah satu virus berkasta tinggi yang patut di nyah-keluarkan dari negara ini.

    ReplyDelete
  2. gi sokong golongan yg tolak hadis tu bakpo bodo??

    ReplyDelete
  3. lahanat..mati mu dlm neraka!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive