Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

12/08/2012

PAS Membekalkan Senapang Kepada Karpal Untuk Membunuh Mereka.


Oleh: HHalem.
Original Heckler & Koch MP5k

Setiap kali pemimpin PAS membangkit isu Negara Islam dan Hudud ala PAS, iaitu hukum dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, Karpal cukup risau dan terus membangkitkan 3 perkara pokok sebagai modal beliau.

Walaupun Karpal tahu beliau tidak perlu risau kerana;
a-Pertamanya, beliau atau orang-orang DAP bukannya pergi mencuri atau merompak dimerata tempat setiap hari.
b-Keduanya, beliau tahu hanya orang-orang Islam sahaja yang terlibat dengan hudud.
c-Ketiganya, Karpal tahu PAS tidak mampu pun menguasai Parlimen walau dalam 50 tahun lagi, tanpa bantuan DAP.

Jadi kenapa Karpal perlu risau tentang hudud dan negara Islam ala PAS?


Beliau risau jika ia dibiarkan berterusan, walaupun sesaat, ia akan menjadi fenomena negara dan PAS akan dikira separuh berjaya, sepertimana berlaku di Timur Tengah. Ini akan membantutkan usaha DAP untuk meresapi pemikiran rakyat tentang cita-cita mereka untuk “memalaysian-malaysiakan” negara.

Sebab itu Karpal terkumat-kamit atas kerusi apabila sahaja PAS menyebut hudud.

Apa yang kita lihat, hanya Karpal Singh sahaja terkumat-kamit bersuara apabila timbulnya isu hudud dan tidak pemimpin DAP Kafir Harbi yang lain, Ini dapat ditafsirkan bahawa ia adalah persetujuan peringkat tertinggi DAP. Selagi Karpal hidup, hanya dia akan bersuara menentang hudud. Tidak lupa juga Lim Kit Siang.

Yang menjadi peliknya, kenapa hanya Karpal dan Lim sahaja dibenarkan bersuara?

Pertamanya, Karpal dan Kitsiang adalah veteran dan wakil tertinggi DAP.

Keduanya, jika dibiarkan sebarangan apek-apek DAP mengeluarkan statement mengenai hudud, ia akan menjadi caca-merba dan nampak tidak seragam dan consistent.

Ketiganya, dan paling mustahak, apabila terjadi caca-merba didalam DAP, maka orang-orang Melayu/Islam didalam PKR, PAS, Melayu DAP dan termasuk Umno akan sepakat dan menyerbu DAP seperti belalang seribu dan akan disapu bersih dengan sekali laluan.

DAP cukup faham dengan perangai “carik-carik bulu ayam” orang-orang Melayu. Maka DAP mengambil kesempatan penuh kelemahan kucar-kacir didalam PAS dan mengunakannya sebaik mungkin.

Keempatnya, DAP tahu bahawa orang Melayu/Islam didalam DAP-PKR-PAS bergerun dan hormat dengan Karpal kerana beliau setiap hari bergelumang dengan undang-undang dan perlembagaan. Peguam Melayu/Islam mana yang mampu bersanggah dengan beliau didalam bab ini. Ini DAP, gunakan sepenuhnya ketahap maksimum.

Kelimanya, DAP sebagai pembela tunggal Anwar dan teloq Anwar telah digengam kuat oleh Karpal. Itu yang menyebabkan Anwar tidak bersuara langsung menyebelahi PAS didalam bab hudud ini. Anwar perlukan Karpal dan DAP, sebab itu beliau buat pekak.

Perkara-perkara diatas memang diketahui oleh cerdik pandai Melayu/Islam didalam PKR-PAS-DAP, tetapi disebabkan mahu kuasa politik walaupun diperingkat cawangan dan cabang, maka prinsip “pekakkan-telinga dan butakan-mata” adalah digunapakai.

Oleh itu, PAS patut belajar dari kaedah dan teknik yang digunapakai oleh DAP.

Statement mengenai hudud ala PAS, dibiarkan dikeluar oleh setiap ahli PAS disemua peringkat dan menjadi kucar kacir. Ini menyebabkan Karpal mudah menyerang balas. Presiden Hadi cakap lain. Mursyidul Am Pok Nick cakap lain. Setiausaha Agong dan Penerangan cakap lain. Pemuda Pas main belasah sahaja. Mana ada consistency dan keseragaman seperti DAP.

Kata peribahasa macam ‘lidah biawak’, “lidah tergeliat”, “lidah cabang dua” dan segala macam lidah lagi yang ada.

Ini menyebabkan, bukan sahaja orang bukan-Islam pening dan takut, malah ahli PAS sendiri naik binau biji mata dan berbulu telinga mendengarnya. Celaru bertambah celaru.  

Oleh itu, Pas perlu belajar dari kaedah susun atur DAP. Itu lah sebabnya PAS dipandang sebelah mata sahaja oleh orang Umno kerana perkara mudah sebegini, mereka tidak nampak.

Berbalik semula kepada 3 isu pokok sebagai modal yang selalu dibangkitkan oleh Karpal setiap kali hudud ditimbulkan oleh PAS.

Modal utama Karpal untuk mematahkan PAS ialah:-

1- Pertama, Karpal berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selalu menyebut hudud tidak menjadi sebahagian Buku Jingga Pakatan Pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.

2- Kedua, Karpal berkata, Presiden Pas DS Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas menyebut bahawa Al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi Negara Kebajikan.

3- Ketiga, Karpal berkata, Tun Salleh Abbas sendiri yang mengesahkan bahawa mimpi PAS adalah disiang hari;

"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular” - Karpal

"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia  merupakan negara sekular," – Karpal

Lihat ketiga-tiga modal yang digunakan oleh Karpal, kesemuanya salah langkah disebabkan kebodohan orang PAS sendiri. Apa tidaknya,

Pertama, kenapa PAS tidak bermati-matian “mengislamkan” Buku Jingga, terlebih dahulu. Jika Islam adalah agenda utama Buku Jingga, maka PAS sudah dikira separuh jalan berjaya. Salah PAS sendiri.

Kedua, Hadi yang bukan-bukan senantiasa mengeluarkan bermacam-macam dasar dan slogan yang mengelirukan segenap manusia di atas muka bumi Melayu ini. Salah PAS sendiri.

Ketiga, Tun Salleh Abas telah permatikan dan mungkin tidak dapat dirongkai buat ketika ini kerana ia telah menjadi ikutan kes (precedent) didalam undang-undang. Salah siapa? Salah PAS sendiri, kerana Tun Salleh Abas adalah ahli Pas.

Tun Salleh adalah bekas EXCO PAS kerajaan Terengganu dan ADUN Jertih (1999 – 2004).

Lebih amat memalukan apabila Karpal berjaya menghinakan pemimpin PAS begitu rupa dengan meminta Tun Salleh Abas memberi “kuliah” tentang negara Islam atau tidaknya Malaysia ini.
Di sini>

Kenapa Pas tidak mendapat khidmat Tun Salleh Abas semula untuk merungkai segala permasalahan kerana beliau adalah pakar undang-undang dan orang kuat PAS.?

Kenapa Pas tidak consistent didalam negara Islam dan hudud dan arahkan semua Pak Lebai PAS tutup mulut dan biarkan kepada Haji Hadi kaki caca merba dan Pok Nick seperti yang diamalkan oleh DAP ?.

PAS sebenarnya selama ini telah membekalkan senapang kepada Karpal untuk menembak diri mereka sendiri, akibat tidak-cerdiknya PAS.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

4 comments:

  1. Sikap baran Karpal juga boleh membunuh DAP dan PR sebab orang Pas pun tidak akan rasa rugi sangat kalau setakat nak sabotaj DAP dalam PRU13 nanti. Karpal harus ingat walau sebesar mana sekalipun Pas bencikan Umno tetapi ianya tetap benci politik., melayu tetap melayu Karpal tak mungkin ganti tempat itu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan HHalem.

    Terima kasih atas update ulasan saya dalam pos yang terdahulu.

    Artikel yang cukup baik kali ini.

    Benarlah, Pas bekalkan senapang untuk DAP tembak. Lebih teruk lagi peluru pun dibekal dan dimasukkan sendiri oleh bukan orang lain tapi pemimpin Pas sendiri. DAP cuma perlu tekan trigger sahaja sebenarnya.

    Kesudahannya, semua orang tahu apa jadi pada Pas hari ini.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum Tuan HHalem.

    Kenyataan PEMBELA berhubung kenyataan Karpal, Malaysia negara sekular:

    http://membelaislam.wordpress.com/2012/08/12/kenyataan-pembela-membantah-cubaan-menghakis-kedaulatan-islam-sebagai-agama-negara-dengan-mendakwa-malaysia-adalah-negara-sekular/

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive