Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

13/09/2012

Karpal Menempelak KitSiang Dan Anwar Kerana Cuba Bermain Di Belakang Beliau.


Oleh: HHalem.

Apabila timbul bab Karpal Singh ini, Kit Siang dan Anwar cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbau menentang beliau.

Contoh terkini ialah isu antara Karpal dan Nash.

Kitsiang-Anwar, isu Karpal-Nash adalah hal peribadi dan hal Majlis Syura:-
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendirian bahawa perbalahan diantara bekas Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi masing-masing.

Anwar cukup berhati-hati menyebut bahawa ia isu “masalah dalaman PAS” dan tidak menyebut terang-terang bahawa ia isu “peribadi Karpal-Nash”.

Ikuti apa kata Anwar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu. Anwar jelas merujuk pada keputusan Majlis Syura tentang pemecatan Nash dan tidak pada hal pergolakan peribadi.

"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu PKR. Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS,"  - mStar.


Sebaliknya Penasihat DAP, Lim Kit Siang merujuk kepada perbalahan diantara Karpal-Nash sebagai hal peribadi masing-masing dan tidak melambangkan pendirian DAP.

"Soal Karpal-Nasha isu dalaman PAS. DAP tidak pernah campur tangan," – kata Kit Siang dengan hati-hati dipetik mStar

“Setakat yang DAP faham, ia adalah isu peribadi di antara Karpal dan Nasharudin dan melibatkan dalaman PAS,” – KitSiang dipetik MyChannel13.

Apa pun maksud Anwar dan Kitsiang, jelas mereka tidak berani campur urusan Karpal-Nash yang bertelagah yang akan membawa kepada perpecahan Pakatan Pembangkang.

Masing-masing cuba menjauhkan diri.

Adalah tidak masuk akal apabila Kitsiang atau Anwar merujuk kepada pertelagahan Karpal-Nash sebagai hal peribadi.

Kemana sahaja Karpal pergi beliau bercakap atas kapasiti Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP, dan begitu juga Nash sebagai bekas Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok PAS.

Akhbar-akhbar dan media eletronik senantiasa merujuk Karpal sebagai Pengerusi dan Ahli Parlimen DAP dan tidak pernah merujuk Karpal sebagai "Peguam Punjabi Beroda".  

Mana logiknya disini, jika ia dikatakan hal peribadi?

Sekarang mari kita lihat apa pandangan Karpal pula.

Adakah Karpal menganggap semua hu-ha hu-ha ini adalah hal peribadi beliau seorang. Karpal nampak yang Anwar dan Kitsiang cuba main dibelakang beliau dan tidak melengahkan masa menempelak mereka berdua.

Karpal – “Sebagai Pengerusi DAP, saya jurucakap parti dan ia rasmi”:-
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan beliau dan pertelagahan beliau dengan Nash adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam dan Hudud akan beliau tentang habis-habisan.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” – kata Karpal pada media SinarHarian semalam.

Ada faham semua!

Malahan Karpal tidak mahu peduli langsung pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika mereka bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini”

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,”

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini”

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan, namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali,"

Mendengar amaran Karpal sudah tentu Kitsiang dan Anwar menikus dan berjalan seperti anjing capik yang terkapit dan tempang kaki.

Atas sebab semua ini lah maka Nasharudin telah diheret ke mahkamah oleh Karpal.

Adakah Nash dan panglima-panglima perang PAS gagah perkasa gentar semua ini?

Sudah tentu askar-askar murahan PAS dibawah akan memulakan bicara dengan mengatakan bahawa Karpal telah berjaya dibeli oleh Umno. Atau setidak-tidaknya Karpal telah berjaya ditarbiah oleh Umno.

Pelik tapi benar, apabila Karpal-Nash bertelagah, Pok Nick, Hadi Awang dan pemimpin PAS tengelam punca dan datang menuduh Umno.

Percayalah sahabat-sahabat Pas disana, bahawa jika berjayanya Nash di mahkamah nanti menetang Karpal, ia akan menjadi kes perundangan ikutan seterusnya.

Bermakna Pas telah berjaya 50% kearah matlamat dengan menundukan Karpal-DAP dari segi perundangan dan perlembagaan.

PAS hanya boleh kalahkan DAP melalui perundangan dan tidak dengan cara lain.

Sehubungan dengan itu, Majlis Syura mengambil langkah bijak dengan tidak memecat Nasharudin kerana PAS masih memerlukan beliau untuk menentang Karpal DAP di mahkamah.Jika berjaya Nasha dianggap sebagai hero. Jika gagal beliau dicop sebagai kambing-hitam dan bahan uji-kaji PAS kearah hudud.

Malahan jika Nashrudin berjaya menundukan Karpal bermakna amat cerah bagi beliau mengantikan Hadi Awang sebagai Presiden Pas dan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am Pas yang baru.

Ini kerana, Pok Nick tidak lagi dipercayai oleh Majlis Syura dan hilang taring atas sebab Pok Nick membawa banyak masalah kepada PAS. Sebab itu beliau melangkah keluar dari mesyuarat Majlis Syura selepas berada 20 minit sahaja. Alasan beliau sakit atau beliau merajuk dan lari dari mesyuarat, siapa yang tahu. Yang jelasnya secara halus Pok Nick tidak dikehendaki kerana membawa banyak masalah dalam PAS.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

2 comments:

  1. Jadi "Peguam Punjabi Beroda (PPB)" adalah nickname terbaru Karpal Singh...

    ReplyDelete
  2. itu pakatan macam ada tiga kapal lagi ada tiga bendela .itu kapitan ada cakap sendiri kapal mau jaga. lain kapal mau meletup ka mau tangelam ka dia orang jaga sendiri la.Lu semua jangan paduli, jangan bikin sendiri susah.kalu lu mau makan diam-diam la lu makan. kalu orang tanya lucakap ini fitnah dia orang bikin punya.itu kapitan lagi ada cakap itu bangsa punya hal peduli apa .kita bikin kita duduk atas. kita bikin kita sendiri kaya. lain punya hal jangan kacau.ini negeri mau bangklub ke mau jadi jatuh macam itu grease punya negeri ke kita bikin tak tau saja. sekarang kita mau itu kuasa. ada kuasa kita raja la itu jam. hai ya itu pun lu tak bolih pikir ke. jangan jadi bodoh.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive