Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

07/03/2011

HANGAT - Pertemuan dengan Harussani.Mulihat Politik atau Pok Nick Mula Insaf.


Oleh: HHalem
 Tok Guru ni licik dan liat orangnya. Hati-hati dengan niat dan lafaz beliau.

Kesedaran atau Muslihat Politik.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berhasrat mengatur pertemuan tertutup antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat”


1 – Diperhatikan seminggu dua ini selepas Pok Nick menyatakan kesalan kerana setiap kenyataan dan paktua-paktua beliau telah menimbulkan kekeliruan dan memecah belah diantara penganut-penganut Pas sendiri dan umat Islam Malaysia keseluruhannya; hatinya telah berlembut. Tapi katanya pula zaman Rasul pun dulu berpecah belah. Mungkin Tok Guru lupa bahawa setiap keburukan pecah belah itu adalah buatan manusia itu sendiri.

2 – Akhirnya beliau akan bertemu Harussani. Itu pun setelah kalah di Kerdau dan Merlimau. Kenapa selepas kalah dan tidak sebelumnya?

3 – Kemungkinan setelah menyedari yang Pas tidak lagi mendapat sokongan orang-orang Melayu, baru lah beliau mengatur tektik dan muslihat peperangan yang baru. Sana sini penganut-penganut Pas menyedari dan mengakui kelemahan mereka. Strategik baru mesti diatur segera.

4 – Apa pun yang sudah pastinya Pok Nick dan Harussani akan mencari titik pertemuan didalam hal-hal mengenai Agama Islam supaya Melayu tidak berpecah belah.

5 - Komunis DAP nak buang mana? Apa alasannya? Tak mungkin Pok Nick akan bercerai berai dengan Komunis DAP.

“Apa pun kita doakan hati Pok Nick mendapat petunjuk dan orang Melayu akan bersatu semula”



......Sumber lidah rasmi Pas Harakah Dialy......

Pemuda PAS atur pertemuan Nik Aziz-Harussani

IPOH, 7 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berhasrat mengatur pertemuan tertutup antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalannya, Mohd Munir Ali berkata, pertemuan itu untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam yang menjadi perbualan hangat masakini.

Beliau menyatakan demikian di dalam surat yang dihantar kepada Harussani, hari ini.

Menurutnya, pihak Pemuda PAS negeri merasakan sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Ini, katanya ekoran acap kali pertembungan terbuka antara Mufti Perak itu dengan Nik Abdul Aziz dipaparkan melalui media, terutama dalam melibatkan isu-isu agama.

Tambahnya, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

“Kami juga yakin Datuk Nik Abdul Aziz akan bersedia menerima jemputan bagi tujuan tersebut supaya tiada lagi persengkataan terbuka dan masing-masing akan terus dapat memberikan tumpuan pada agenda memartabatkan Islam di dalam ruang lingkup tugas yang diamanahkan,” ujarnya di dalam surat itu.

Sehubungan, ujarnya DPPN Pk memohon agar mufti itu dapat memberikan tarikh-tarikh yang sesuai dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pihak Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi tujuan tersebut.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. ...nasihat saya kpd Tuan Mufti Harussani, lebih baik jangan terima pelawaan puak PAS Khawarij tu kerana orang politik ni banyak sangat tipu muslihatnya. Mereka cuba nak tutup mulut Harussani kerana beliau seorang sahaja yang berani menyanggah 'fatwa karut marut Nik Aziz'..

    ..Tuan jangan percaya ini orang kerana agama pun mereka sanggup putaq belit dan jual murah2 kpd DAP..

    Cucu Pak Pandir
    Pondok Al Azhar

    ReplyDelete
  2. Cucu Pak Pandir,

    Betui jugak nooo Cucu.
    Pok Nicky Politik, Harussani bukan politik.
    Ketua Lutjnah jumpa la Ketua Majlis Tertinggi.
    Ketua Pas jumpa lah Ketua UMNO.

    Nanti kita tengok letter head Pok Nick pakai atas nama apa. Ayat surat tu Nicky pakai sebagai MB ker, Ketua Lutjnah atau Tok Imam Masjid ker.

    Silap-silap dia pakai Letterhead Pemuda, tapi atas nama Tok Imam. Depa ni boleh celaru sampai mcm tu. Tu pun lambat lepa nak perintah Negara.

    Baik Cucu, cek tak akan percaya muslihat depa:-)

    ReplyDelete
  3. Dekat dengan PRU13 nie nik ajiz mula bertukar rupa. So lebih baik jauhkan diri dari manusia seperti ini yg hanya mencari keuntungan pilihan raya dan akan menikam kembali apabila berjaya mencapai apa yg dihajatinya....

    Insyaallah Melayu dan Islam mampu disatukan tanpa Nik Ajiz.

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn Pacat.

    Tanpa Pok Nick lagi cepat kita bersatu.
    Dia batu penghalang.

    ReplyDelete
  5. nik ajis ulama politik, pertemuan dgn Dato Harussani adalah tujuan politiknya..takde pekdah la...dulu harussani pi jumpa dia, wat bodo sombong..dah jd camni, baru nak jumpa balik..piigii dahh ulama terompah kayu..a.k.a ulama suuk

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive