Multiple Pages

18/10/2010

Tok Him – Penjuang Melayu & Islam

Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung pada Isnin, Oktober 18hb ini di Hospital Ampang Puteri Kuala Lumpur. 

"Semoga Allah selamatkan Tok Him dan cepat semboh. Mudahan beliau dapat berjuang kembali menegakan syiar Melayu & Islam. Aminn"

Beliau membuat keputusan tidak akan berjuang di pilihanraya kecil Galas Kelantan di sebabkan terdapat Melayu Islam Pas dan juga Melayu Islam Umno yang kuat menyokong beliau di sana.

Jika Perkasa ke Galas bermakna Melayu Islam akan terus berpecah dan tidak bersatu kerana beliau masakini lebih cenderong kepada perjuangan membela hak-hak orang Melayu, dan bukan menuntut lebih dari itu atau mempertikaikan hak-hak orang Cina dan India, dan dipandang bersahabat karib dengan Umno apabila bergandingan dengan Tun Mahathir. PAS terus berdegil dan bersengkokol dengan DAP dan tidak mau bertolak ansur langsung mengenai perpaduan Melayu dan Islam.

Kebarangkalian beliau merujuk kembali kepada PAS adalah mungkin tetapi ia amat mustahil dan tipis sekali. Kesemuanya bergantung kepada perkembangan politik semasa dan perjuangan terkini beliau. Di tambahan pulak kesihatan beliau tidak mengizinkan dan keadaan tidak menentu, maka Perkasa terus menjauhi Galas.

Peristiwa tidak ke Galas dan peristiwa bangun lambat ketika memberi penghormatan semasa di Perlimen tempohari merupakan pertanda-pertanda awal beliau tidak sihat.

Semoga Tok Him cepat sembuh dan terus berjuang. 

No comments:

Post a Comment