Multiple Pages

17/12/2010

Melayu Pulau Pinang - Di Tindas DAP dan Buatan Buruk Dato' Mohd Fadzill (YDP KMM) Sendiri

Komunis Negara (DAP) Menyelar Perosak UMNO (YDP KMM PP)
Jika Lim Guan Eng Komunis bercakap mengenai Kontraktor Melayu Pulau Pinang ‘dayus, lembik dan bodoh ‘ dan di tujukan kepada Dato’ Haji Mohamed Fadzill Hassan sebagai Yang Di Pertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, saya amat bersetuju samasekali 100 %. Dan saya tidak setuju samasekali jika ditujukan kepada Kontraktor Melayu lain yang majoritinya jujur.

Sepanjang mengenali dan penglibatan bersama (bukan sebagai Kontraktor), Mohd Fadzill tidak teragak-agak bersaing sesama Kontraktor Melayu lain dan sanggup menipu dari segi moral dan etika.


Beliau menggunakan syarikat milik isteri beliau selain dari Fadzill Construction Sdn Bhd, untuk memasuki tender yang serupa. Ramai yang mengetahuinya.

Contohnya, di dalam satu Mesyuarat Kemajuan Tapak dimana 10 Kontraktor hadir, semuanya Melayu, saya pernah menasihati Mohd Fadzil supaya tidak mewakili syarikat isterinya didalam mesyuarat yang sama. Diwaktu yang sama beliau mewakili syarikat Fadzill Construction Sdn Bhd.

Seperti biasa beliau tersangat angkuh walaupun dari segi etika dan moral tidak dipandang elok dan diketahui ramai.

Sekarang beliau menyalak seperti anjing kerana ahli-ahli politik Melayu UMNO/BN Pulau Pinang tidak dapat menolong beliau lagi.

Kesemua Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang lain baik-baik dan berhempas pulas, pijak memijak dan cantas mencantas sesama sendiri untuk merebut peluang yang terhad yang diberi oleh Kerajaan BN. Kepada yang berjaya dan ‘join the crowd’ menganggap Mohd Fadzill adalah hero dan kepala dan berjaya meletak Mohd Fadzill sebagai President PKMM.

Kepada yang gagal, kecewa atau gulung tikar, akan menganggap Mohd Fadzil dan lain-lain sebagai kepala penyamun dan perompak yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang. Kebencian terhadap Kontraktor Melayu sekali gus terhadap pemimpin UMNO meruap-ruap dek buatan Mohd Fadzill dan kuncu-kuncunya. Kebencian turun ke bawah sehingga ke akar umbi. Di waktu yang sama muncil Al-Juburi. DAP menunggu masa untuk menyerang orang –orang Melayu.

Akhirnya kelambu di bakar dan membuka peluang kepada nyamuk-nyamuk DAP untuk menghinggap dan merampas kek-kek orang Melayu yang tinggal tidak seberapa pun ( kurang 30% ). Sekarang masing-masing Melayu Pulau Pinang menyesal yang tidak kesudahan.

Mohd Fadzil Hassan dan kuncu-kuncu nya adalah penyumbang kepada kebencian orang-orang Melayu akar umbi terhadap UMNO. Ini mereka masih tidak sedari sehingga ke hari ini.

Lihat di sini video bagaimana Lim Guan Eng Ketua Komunis DAP Pulau Pinang memaki hamput Kontraktor Melayu Pulau Pinang, jika ditujukan kepada Datuk Mohd Fadzil Hassan dan kuncu-kuncu, memang ada kebenarannya.

 
TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010

Fakta
Kontraktor Bumiputera
Kontraktor Bukan Melayu
Jumlah
Jumlah (RM)
40,944,933.80
0
40,944,933.80
% Dari Segi Nilai
100%
0
100%
Jumlah Bilangan
18
0
18
Jumlah Bilangan (%)
100%
0%
100%


TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)
        Fakta
Kontraktor Melayu
Kontraktor Bukan Melayu
Jumlah
Jumlah (RM)
20,407,640.94
407,000.00
20,814,640.94
% Dari Segi Nilai
98%
2%
100%
Jumlah Bilangan
16
1
17
% Bilangan
94%
6%
100%


1 comment:

  1. Dato Fadzill Hassan semua kontraktor di Pulau Pinang tahu dia ni pencuri dan kenyataan yg dia buat telah merosakan nama UMNO dan PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU kerana dia diupah oleh Pengerusi perda dengan menbuda tabah perda aekyas 18 ekar untuk dibangun,ini lah manusia dahal yg nenjual bangsa sendiri

    ReplyDelete