Multiple Pages

04/01/2011

Dato’ Paduka Ahmad Bashah – Mula Menyerang Pembohongan dan Keriakan Dato’ Azizan


Awat Bashah Attack Azizan Saja. Tak Serang Mahfuz pun? 
Mahfuz Geng Kita ka? Mahfuz nak perjatuh Azizan. Ishhh tak kan kot?

Seperti biasa Gunung Mat Cincang GMC, (Rujuk 1)  lebih advanced dan terkehadapan dalam melapurkan hal-hal pergolakan di dalam negeri Kedah. Syabas Tuan Mat Cincang. Tajuk Tuan sedap kalau bunyi,
“SPRM tunggu kepala bapak apa lagi”. SPRM boleh bertindak jika ada lapuran.


Berita berikut telah saya ketemui melalui GMC yang kemudiannya disusuri kepada Utusan Malaysia, (Rujuk petikan dibawah).

Kali ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah, telah dipetik mempersoalkan tindakan Dato’ Azizan, hatta PAS Kedah yang telah memungkiri janji dengan Rakyat Kedah yang telah memberi kepercayaan dengan mengundi mereka. Ini adalah serangan dari sudut berdiri 90 darjah yang amat baik.

Bermakna di sini Azizan yang mencerminkan PAS adalah seorang pembohong dan pemungkir janji. Layak kah Azizan  yang mendabik dada dan melaung-laungkan ke-islaman dengan mengaku PAS adalah lebih Islamic dari UMNO, menjadi contoh teladan dan pemimpin Kedah.
PAS bukannya lebih Islamic sangat pun. Bohong lebih.

PAS sembangnya amat besar seolah angkuh dalam keriakan. Tetapi apabila diberi mandat memerintah baru lah terkejut beruk. Baru lah mengetahui tinggi rendahnya langit itu. PAS pun kaki kelentong jugak.

Dato’ Ahmad Bashah hanya menyerang dan mempersoalkan Dato’ Azizan, tetapi tidak menyentuh kredibilti Dato’ Mahfuz langsung.

Sepatutnya Dato’ Ahmad Bashah menyerang dua dalam satu. Menyerang Dato’ Mahfuz dari sudut meniarap 180 darjah yang lain.

Come on Bashah ! ! You can do bettter ! ! 

(Rujuk 1)- Mahfuz Buka Jalan, SPRM Tunggu Kepala Bapak  >>

.................Sumber Petikan dari Utusan...................................................

Kredibiliti kerajaan Pas Kedah dipersoal

ALOR SETAR 2 Jan. - Kredibiliti kerajaan Pas Kedah dipersoalkan kerana sehingga kini gagal menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam pengurusan Kedah Sato Sdn. Bhd. (Kedah Sato) sehingga menyebabkan Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar meletakkan jawatan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, peletakan jawatan Mahfuz tidak boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan yang biasa kerana tidak mungkin Naib Presiden Pas itu sengaja berbuat demikian tanpa sebarang alasan.

Justeru, katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak harus bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai isu berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini.

"Peletakan jawatan Mahfuz satu perkara yang besar, tidak mungkin beliau saja-saja mahu letak jawatan. Saya amat yakin ada perkara besar di sebalik peletakan jawatan berkenaan.

"Azizan kena jawablah, kalau ada yang tidak kena dalam Kedah Sato, maka tanggungjawab Menteri Besar untuk mengambil tindakan membetulkannya kembali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato tetapi enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya itu.

Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz tersebar sejak akhir-akhir ini apabila beliau dikatakan tidak setuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Berikutan itu, UMNO negeri mendesak kerajaan Pas Kedah supaya menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam isu membabitkan syarikat milik kerajaan negeri itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Ahmad Bashah berkata, jika benar dakwaan pihak tertentu bahawa peletakan jawatan itu disebabkan kontrak pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa diberi secara terus kepada sebuah syarikat, maka kerajaan Pas Kedah telah memungkiri janji untuk bersikap telus dalam pemberian kontrak.

Oleh itu, katanya, adalah amat penting bagi kerajaan negeri menjelaskan isu berkenaan supaya persoalan yang timbul di fikiran rakyat terjawab.

"Pas berjanji dalam manifesto pilihan raya yang lepas bahawa semua kontrak akan diberikan secara tender, tetapi kenapa tidak mampu penuhi janji itu sekiranya dakwaan itu benar," katanya.

Oleh Mohd Shariza Abdullah >>
utusankedah@utusan.com.my

1 comment:

  1. Salam Dato'

    Hentam jangan tak hentam, tapi hentam dengan bersebab dan berhemah. Apa yang Dato' buat dah kena dah saperti kata HHalim tu. Memang Pas macam tu, depa janji langit, laut, gunung ganang dan entah macam2 kepada rakyat Kedah kalau depa menang.

    Tapi bila dah rakyat Kedah bagi mandat...inilah keja depa no...Kalau orang bakhil buat kerja bodoh kita boleh maafkan. Ini ostaz 2 yang buat keje. MasyaAllah....

    Taruh lagi Dato' bukak pekong pas pis pus ni, kami sedia sokong. Satu blog khas untuk Dato' kami ujudkan. Tunggu no..

    ReplyDelete