Multiple Pages

14/01/2011

Dato’ Seri Azizan Buat Kacau Lagi-Sana Kacau Sini Kacau

 Dato Seri Azizan Memang ada tanjak jadi Professor
Berita yang telah lama diterima dari Alor Star, tetapi memerlukan konformasi semula dari pihak yang berligar-ligar di Kolej Insaniah (KUIN).

Lihat dan sama-sama kita nilai ketidak kecekapan pentadbiran Dato’ Seri Azizan mentadbir sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej University Insaniah Sdn Bhd. Kelemahan pentadbiran KUIN melambangkan juga kelemahan Dato’ Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.


1- Berita mengenai KUIN yang didenda oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana tidak menghantar penyata tahunan. Adakah bahagian account atau company secretary KUIN tidak mampu menyatakan penyata tahunan. SSM biasanya mendenda compound bayaran, tidaklah sehingga menyaman Pengerusi. Jika betul seperti apa yang disangkakan dan disoal oleh Helang Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan telah disaman, ini menyerlahkan kelemahan yang amat sangat. Mr R. Leen SSM Kedah boleh mengesahkan perkara ini.

Mampukah PAS memerintah Negeri Kedah?

2- Mengenai gaji kakitangan KUIN yang tidak dibayar selama 2 bulan, kita menunggu konformasi. Bak kata orang tua-tua, ‘tiada angin, tak kan pokok nyok bergoyang’. Masing-masing kakitangan KUIN amat takut untuk menceritakan hal-hal sebenar. Adakah mereka telah diberi amaran?

Mampukah PAS memerintah Negeri Kedah?

3- Pelajar-pelajar KUIN telah melancarkan mogok kerana ketidak puasan hati terhadap pentadbiran KUIN. Antara 28 masalah yang diutarakan adalah seperti berikut yang boleh diterima pakai,

1- Kenaikan yuran pengajian,
2- Kemudahan pembelajaran tidak mencukupi,
3- Tandas kotor dan rosak,
4- Terpaksa belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan.

Mampukah PAS memerintah Negeri Kedah?

PAS memang mahir membuat kacau bilau dimana-mana mereka berada. Tidak mahir pentadbiran maka berlaku lah haru biru. 
Punca segala kacau bilau adalah dari PAS.

Disepanjang jalan Pekan Alor Setar, Bukit Raya, Tobiaq;
Tok JanGoat sebok menyalahkan ‘Kerajaan BN dulu-dulu’ dan ‘Pelajar KUIN diupah oleh UMNO’ macam orang tidak ada akal. Itulah tahap pemikiran orang-orang PAS. KUIN kecik segelomboi (sekangkang kera) pun jadi caca marba.

Berita berkaitan dan ulasan A1 boleh dibaca di Kedah Time  dan juga di Kosmo.

1 comment:

  1. kita tukar balik kerajaan lah. tapi bukan dato bashah lah...kami nak mukhriz! kami nak mukhriz! kami nak mukhriz!!!

    ReplyDelete