Multiple Pages

23/01/2011

Kuan Yew – Nak Roboh Rumah Saya Mesti ‘Over My Dead Body’

Kenapa Kuan Yew-Kit Siang Panjang-Karpal Panjang Umur?
Merbok Times mengulas mengenai buku terkini Lee Kuan Yew: Hard Truths, yang ada mencatatkan permintaan Lee Kuan Yew dan Kuan Yew mengarahkan kerajaan Singa Pura supaya meroboh rumahnya sebaik sahaja beliau mati.


Saya belum membaca buku tersebut, mungkin tidak akan membacanya langsung, dan amat tertarik dengan ulasan Merbuk Times.

Dari sudut pandangan saya yang amat berbeza, kenapa kah tidak bangalo kolonial tersebut dirobohkan sahaja sekarang oleh Kerajaan dan membangunkan kawasan yang begitu strategik dan meminta Lee Kuan Yew tinggal ditempat lain? Kenapa hendak tunggu sehingga beliau mati?

Dengan meminta dan mengarahkan kerajaan supaya rumahnya diroboh sebaik beliau mati, menampakan Lee Kuan Yew sangat baik dan bermurah hati orangnya. Seorang Negarawan ulung.

Dasar Kerajaan Singa Pura ialah merobohkan rumah-rumah lama berkedudukan strategik dan dibangunkan. Ini termasuklah tanah-tanah kubur datok nenek moyang mereka yang diambil dan dibangunkan. Mayat-mayat, kain baju yang masih elok setelah ditanam berpuluh-puluh tahun dahulu digali dan diabukan dan disimpan dalam mangkok silver seperti yang berlaku di Hong Kong.

Kenapakah bangalo kolonial Kuan Yew dikecualikan oleh pengubal-pengubal undang-undang Singa Pura? Masing-masing tidak berani bersuara terang-terangan dan hanya dibangkitkan oleh pembangkang-pembangkang Kuan Yew. Pembangkang menonjolkan hipokrasi Kuan Yew.

Pada hakikatnya, beliau berkata jika hendak robohkan rumah saya “must be over my dead body” Itu lah yang sebenarnya
Inilah yang sebenarnya berlaku dibelakang tabir yang kita tidak nampak disebalik muslihat Kuan Yew, salah seorang pengasas Parti Komunis PAP (kembar siam Komunis DAP).

Jika rumah-rumah orang Melayu akan terus dirobohkan begitu sahaja pada tahun-tahun 40an, 50an dan 60an dahulu. Tanah-tanah strategik kepunyaan Kerajaan Malaysia akan digunakan tipu muslihat untuk dibangunkan.

Cara pemerintahan Kuan Yew dan Parti Komunis PAP diperturunkan kepada Parti Komunis DAP di Pulau Pinang. Rumah-rumah orang India dan Melayu dirobohkan. Itulah sebabnya Tanjung digelar Mini Singa Pura. Fahamilah hakikat sebenarnya perangai Kuan Yew-PAP-Komunis DAP.

Kepada orang-orang Melayu yang masih boleh berfikiran waras, bukalah mata sebelum terlambat untuk anak-anak dan cucu-cucu.


..............Rujukan MerbokTimes.blogspot.com...............

Lee Kuan Yew mahu rumahnya diroboh sebaik beliau mati
Negarawan Singapura Lee Kuan Yew mahu rumah keluarganya dirobohkan untuk pembangunan semula selepas ia meninggal dunia kerana tidak mahu dijadikan kuil bersejarah.

Dalam buku baru beliau yang dilancarkan Jumaat lalu, "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going" LKY berkata beliau telah mengarahkan kerajaan untuk merobohkan bungalow era kolonial Inggeris terletak di lokasi utama pusat komersial Orchard Road selepas kematiannya.

Yang sebenarnya Lee Kuan Yew tidak mahu legasinya disempitkan dengan hanya melihat rumah buruk peninggalannya kerana beliau mahu generasinya yang akan datang melihat dengan lebih luas keseluruhan Pulau Singapura sebagai legasi peninggalannya.

No comments:

Post a Comment