Multiple Pages

14/01/2011

DAP BiaDAP - Seruan YB Zulkifli Noordin kepada Datuk Dr Hassan Ali


Pheeeewww!

Saya baru sahaja membaca seruan YB Zulkifli Noordin kepada kepimpinan PAS Selangor. Baca sebahagian daripada petikan YB Zul menyeru Datuk Dr Hassan Ali supaya bangkitlah mempertahankan maruah dan kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.

1- Teman juga mengambil kesempatan ini menyeru kepimpinan PAS Selangor, terutama YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya bangkitlah mempertahankan maruah dan kemuliaan Islam dan bangsa Melayu. Stand and be counted before ALLAH!


2- Mana dia suara-suara yang menggegarkan dahulu, sehingga nyamuk pun bertakbiir mendengar ceramah dahulu. Islam bukan duduk diatas pentas ceramah, tetapi Islam duduk pada tindakan. Sabda Rasulullah saw, "sekiranya kamu melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan (kuasa kamu), jika tiada mampu dengan mulut kamu, jika tiada mampu janganlah kamu redho, dan itu adalah selemah-lemah iman".

2- YB Datuk telah diberi kedudukan dan kuasa oleh ALLAH. YB Datuk kini Exco Kerajaan Negeri Selangor, menjaga hal ehwal Islam. Ini satu amanah yang Datuk akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH nanti. Gunakanlah kuasa itu untuk membela dan mempertahankan Islam. Jika disebabkan kuasa itu Datuk tersekat daripada berbuat sedemikian, maka jalan paling bermaruah ialah tinggalkanlah jawatan itu.

3- Jangan kita termasuk golongan yang Nabi saw sebut sebagai "hubbud dunya wakaro hiyatul maut - terlalu sayangkan dunia dan takut mati". Ingatlah amaran Rasulullah saw, tidak redho itu satu tahap iman yang terlalu lemah. Meredhoi perbuatan bia-DAP Ronnie Liu dan kepimpinan DAP Selangor dengan terus bersekongkol dengan mereka adalah tanda-tanda tahap keimanan yang perlu diperbaiki. Dan Datuk boleh memperbaikinya dengan menyatakan yang hak, walaupun berkata sedemikian Datuk kehilangan jawatan tidak mengapa, kerana balasan syurga ALLAH mengatasi segala-galanya.

4- Be a Muslim first YB Datuk Dr. Hassan Ali.

5- Janganlah kita menjadi golongan summum bukmum 'umyum fahuum bila berdepan dengan kemungkaran ini. Bisu, pekak & buta bukanlah ciri seorang pejuang Islam. Ingat pesan ALLAH, "apabila umat Islam berpaling daripada agamanya (Islam), akan Aku lahirkan tentera Ku (hezbollah), yang menyintai Aku dan Aku menyintai mereka, yang berlembut sesama Islam tetapi tegas terhadap kaafir, yang berjihad ke jalan Aku, dan tidak takut celaan golongan yang mencela" (Al Maaidah - 54-56).

DAP BiaDAP.   Petikan dari Zul4Kulim.blogspot.com >>


No comments:

Post a Comment