Multiple Pages

26/02/2011

ISA - Hishamudin Dah Mula Bertindak. Siapakah Akan Di Tangkap Selepas Ini?



1 – Rupa-rupanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein aka Menteri Amaran dalam diam-diam telah mula bertindak menahan sesiapa yang dirasakan mengancam keselamatan Negara.


2 – Penahanan terhadap Fadzullah Abbul Bin Mohamad Razak, 28, pada July15, 2010> apabila beliau pulang dari Thailand. Dia dipercayai terlibat didalam rangkaian penganas antarabangsa.

3 - Penahanan berikutnya berlaku terhadap dua lelaki dan seorang wanita dibawah ISA di sekitar Kuala Lumpur  pada 10 February, 2011>,  keatas ketua sindiket jenayah rentas sempadan termasuk dadah dan penyeludupan manusia.

4 – DS Hisham nampak gayanya bukan hanya mendiamkan diri dan gemar memberi amaran kepada pencetus dan pengancam keselamatan negara seperti yang disangkakan selama ini. Beliau telah bersedia bila-bila masa sahaja untuk bertindak terhadap mereka.

5 – Beliau sebenarnya sedang berlatih dan membiasakan diri menandatangani surat-surat arahan sebelum bertindak menahan ahli-ahli politik yang gemar menghasut dan menimbulkan huru hara mengancam negara.

6 – Pemerhatian sedang dibuat sejauh manakah Abolish ISA Movement (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mampu bersuara dan menghalang tindakan Polis dan Menteri Dalam Negeri.

7 – Siapakah ketua pencetus huru hara pertama yang akan ditahan dibawah ISA selepas ini?

No comments:

Post a Comment