Multiple Pages

15/02/2011

Orang Jakun Berjaya Kalahkan BN Bloggers Dan Insafkan TG Nik Aziz.


 “The Jakun Bloggers”

1 – Akuan, bahawa jari dan keyboard akan dijaga, seperti juga Tok Guru akan jaga mulut , daripada menaip nama Nicky Ajis kerana melukakan hati manusia amatlah dilarang samasekali.


2 – Akuan, bahawa telah tersalah anggap yang ia adalah perkara biasa dan tidak mengetahui bahawa Nicky Ajis adalah Tok Guru Nik Aziz dari JKR 10.

3 – On the second thought, paktua terbaru ialah kita terselamat dari tuduhan kerana, Nicky Ajis dan Mahfuz Samdol tidak membaca pun blog jalanan ini, maka hati mereka tidak disakiti.

4 – Diakui bahawa ia bebas dari hasutan dan fitnah demi menegakan dan berperang jihad membebaskan orang ramai dari terpesong oleh kumpulan ajaran sonsang yang suka menyakiti dan mengkhafirkan manusia.
(Kafirkan UMNO OK sebab dia bukan manusia).

5 – Sebagai rumusan, ia memerlukan  Orang Jakun untuk menginsafkan TG Nicky Ajis dimana The BN Bloggers dah gagal, sehingga TG membuat aku janji bahawa,

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain,"

Ada “The Jakun Bloggers” ker disini!



......................Petikan Utusan.com.my > ....................
Guna perkataan Jakun: Nik Aziz mohon maaf kepada Orang Asli

1 - Utusan.com.my 14/02/2011 - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli kerana menggunakan perkataan 'Jakun' bagi menggambarkan tindakan buruk yang dilakukan oleh pihak tertentu.

2 - Beliau berkata, perkataan itu dikeluarkan kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak mengetahui bahawa wujud Orang Asli suku Jakun di negara ini.

3 - "Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

4 - "Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

5 - "Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 di sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment