Multiple Pages

03/02/2011

Pengharaman PAS - Satu Langkah Pertama - Nik Aziz Pembawa Agama Songsang



Bukti-bukti Songsang Nik Aziz

Bermulalah langkah-langkah yang sedang diusahakan untuk mengharamkan PAS atau setidak-tidaknya tindakan ketuk kepala aka sekeh pala’ Nik Aziz seperti yang telah dicadangkan oleh Ayahanda Tun.


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris telah mencadangkan tindakan diambil terhadap Nik Aziz.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib menyokong penuh tindakan tersebut diambil.

Adakah ini berbetulan seperti gesaan Ayahanda Tun?

Berikut ialah petikan dari Utusan.com.my  pada 2hb February 2011, yang disusun semula rupabentuk, isi asas terpahat kuat, dalam mengesa tindakan diambil terhadap Nik Aziz. MediaWangsaMaju pun turut menambah satu dua hon (1 hon=1/8 inci) pada perkara 16 dibawah sekali.

1 - Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja diminta mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

2 - Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng, pencarut dan sebagainya.

3 - Menteri Besar Kelantan itu yang dikenali sebagai ulama, tidak mempunyai ciri-ciri ulama sebenar, lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan kenyataan sanggup berkawan dengan syaitan dan musuh Islam, tetapi bermusuhan sesama Islam.

4 - Nik Abdul Aziz juga memfitnah Malaysia bukan sebuah negara Islam, UMNO tidak mahu Islam, undi Pas masuk syurga, pangkah bulan tiga kali (mengundi Pas) pilihan raya sama dengan pahala haji, imam UMNO tidak sah diikuti dan sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan.

5 - Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.

6 - "Kalau dibiarkan perkara ini dibimbangi ramai orang akan mati murtad atau keluar dari Islam," katanya

7 - Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu seterusnya mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai kenyataannya itu.

8 - Mohd. Noor turut menganggap Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang bertopengkan Islam bagi mengejar kemenangan partinya dan menyahut seruan nafsu untuk menghimpun kekayaan termasuk dalam kalangan ahli keluarganya.

9 - Malah dakwanya, selama ini Mursyidul Am Pas itu berpolitik atas dasar demokrasi ala-Barat tetapi diheboh-hebohkan kononnya berdasarkan al-Quran dan hadis.

10 - "Sebenarnya, beliau berkubukan demokrasi untuk perjuangan Assabiyah partinya sebab itulah dalam sejarah pemerintahan Pas Kelantan, kuasa politiknya pernah disalahgunakan dan menyeleweng daripada syariat Islam atau sunah politik Rasulullah.

11- Jelas Mohd. Noor lagi, politik Islam berdasarkan kepada satu ummah, bukan berbilang jemaah, sedangkan Pas hari ini memporakperandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat dan menyeleweng daripada dasar politik Islam.

12 - Justeru itu, pihaknya akan memperhebatkan penerangan bagi menyedarkan umat Islam termasuk ahli Pas mengenai penyelewengan yang berlaku dalam parti itu.

13 - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib berkata, Nik Abdul Aziz tidak wajar menggelar dirinya sebagai pemimpin jika tidak berani berterus terang dalam soal menentukan seseorang itu masuk syurga jika mengundi Pas.

14 - "Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar berani, kenapa dia tidak katakan jika mengundi UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka?

15 - "Jelaslah status Nik Abdul Aziz sebagai ulama diragui kerana sanggup mempolitikkan soal syurga untuk meraih sokongan serta mengelirukan umat Islam," jelasnya

............MediaWangsaMaju.blogspot.com.....turut menambah......

16 - Manakan tidak,  (Kata Nik Aziz) Allah itu samseng! Pencarut! Undi PAS masuk syurga! Pangkah PAS tiga kali dapat pahala mengerjakan haji! Sembelihan UMNO haram! Anak hasil perkahwinan dengan UMNO zina dan haram! Menentang UMNO mati syahid! Jahiliyah jika tidak pangkah PAS! ...

Kita menunggu langkah ke 2, kearah Pengharaman PAS.

2 comments:

  1. tulisan yang menarik.... tahniah

    layari www.nalurirakyat.blogspot.com

    naluri merupakan pendatang baru... mohon sokongan sahabat semua...

    ReplyDelete