Multiple Pages

15/03/2011

Datuk Azizan Naik Berang Dengan Pendedahan Benar Mukriz. Datuk Azizan Mengamok Lagi

Oleh: HHalem


1– Setelah Mukriz mendedahkan kerajaan pimpinan Datuk Azizan telah menipu rakyat Kedah dengan temberang bahawa Pas telah berjaya menyelesaikan serta melaksanakan 80 peratus janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu, lalu Datuk Azizan naik berang.


2- Bukan setakat itu sahaja, Mukriz turut meminta bukti kukuh apa yang di temberangkan. Mukriz berkata,
“Kita mahu kerajaan PAS mengambil peluang mengemukakan bukti yang benar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April depan bagi menjelaskan secara terperinci kepada rakyat secara keseluruhan apa yang mereka maksudkan kejayaan 80 peratus itu. Ia tidak cukup dengan sekadar cakap-cakap sahaja kerana rakyat jauh lebih bijak”

3- Sebelum itu Mukriz telah mendedahkan cerita yang sebenar apa yang telah berlaku dan ini amat memalukan Datuk Azizan (di sini>)

4- Dengan desakan dan pendedahan sebenar Mukriz itu ia telah menaikan kemarahan Datuk Azizan.

5- Datuk Azizan melenting-lenting dengan soalan Mukriz dengan berkata,
"Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegoklah sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak," katanya.


“Azizan, Pagi Petang Ingat Balak Saja”

“Azizan Memang Pakar Ekonomi Balak”

“Tukul Besi Tender Balak Azizan , Sapa Yang Pegang?”

“Pas Temberang, Jangan Tak Temberang”



---Petikan Bernama---
MB Kedah Sedia Jawab Isu Manifesto Pada Sidang DUN

BUKIT KAYU HITAM, 14 Mac -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berhubung kejayaan melaksanakan manifesto pilihan raya umum yang lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.


Katanya beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 80 peratus manifesto yang telah dibuat PAS.

"Tak perlu nak senaraikan kepada mereka (wakil rakyat BN) kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan...Saya akan jawab kalau mereka tanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin di sini Isnin.

Azizan mengulas desakan pemimpin BN yang mahu beliau menyenaraikan dan mengemukakan bukti mengenai kejayaan menifesto pada PRU yang lalu.

Beliau berkata kejayaan itu tidak perlu disenaraikan semula memandangkan kerajaan negeri sebelum ini telah menyenaraikan kejayaan itu dalam akhbar rasmi (Warta Darul Aman).

"Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegoklah sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak," katanya.


4 comments:

  1. salam , apa yang dato Azizan nak marah semuanya benar. Kedah kian lembab.

    ReplyDelete
  2. balak...balak...balak....
    ekonomi kepala bapak hang azizan oiiii...
    balak tu tumbuh sendiri berpuloh tahun dulu...
    hang pi tebang saja.
    kalu hang kata 1billion pun oghang tak heghan...
    bagi kat cina surogh depa tebang...
    apa kejayaan yang hang dah buat....menghabihkan beghaih adalah...
    oghang islam kena buat kegheja cagha islam.....
    jangan munafik azizan oiii.....
    jangan jadi bewak lidah bercbang...

    pelarq....pelarq....pelarq.....
    (pinjam kata2 nik ajis tapi ikut loghat kedah)

    ReplyDelete
  3. Tn HHalem...nasib baik ada balak!!!kalau tak..azizan jawab tak tau lg la...

    ReplyDelete
  4. Tuan Kota,

    Kalau tak da balak, dia sekat ayaq sungai Kedah, jual kat Guan Eng.

    Habis ayaq dia jual 'ubat kuat'

    Geng kita SANGGUL MELAYU dok meratuih, api tak da, ayaq x da. Dia termakan ubat kuat terlebih semalam hehehe, hangat gila.

    Mergong pula ayaq naik.

    Awat kedah, dok celaru.

    BALA BALAK ka?

    ReplyDelete