Multiple Pages

08/03/2011

KOMPLOT - Menteri Sesumpah PAS Seru Jatuhkan Pemimpin Tertinggi Mereka

Oleh: HHalem.


Menteri Sesumpah (Tulang Besi) berkata,

“Ini adalah hakikat yang wajib diterima semua ahli2 PAS. Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini tidak mampu mencabar kepopulariti kedua2 Presiden dan Timbalan Presiden UMNO”


“Ahli2 PAS sudah tiba di persimpangan jalan antara mengekalkan budaya "wala" membuta tuli ataupun menjaga kemenangan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada PAS pada 2008 yang lepas”

“ Sudah tiba masanya ahli2 PAS meletakkan PAS dan perjuangan Islam lebih tinggi dari pimpinan mereka.”
Sekian. Tulang Besi>

1 – Setelah Pas menerima kekalahan memalukan di PRK di Kerdau dan Merlimau, ramai penganut-penganut Pas membuat post-mortem tentang kekalahan mereka yang rata-ratanya adalah standard dan menyalahkan pihak UMNO BN dan kerajaan. Sehinggakan Pok Nicky tidak menghalalkan kemenangan UMNO BN.

2 – Salah seorang penganut tegar Pas, Tulang Besi, akhirnya sedar dan mengakui kelemahan dalam diri Pas yang mana ini jarang-jarang berlaku. Pemimpin-pemimpin Pas lebih bersifatkan diktator yang tidak boleh ditegur. Tulang Besi sebaliknya meletakkan penganut Pas lebih “berbudaya ‘wala’ membuta tuli” menyokong pemimpin tertinggi mereka. Akhirnya beliau sedar setelah memohon petunjuk dari Allah.

3 – Didalam alam sedar dan waras, Tulang Besi telah menyeru rakyat Pas membenci dan menjatuhkan pemimpin tertinggi mereka yang “tidak mampu mencabar kepopulariti kedua2 Presiden dan Timbalan Presiden UMNO”. Untuk “meletakkan PAS dan perjuangan Islam lebih tinggi dari pimpinan mereka”, maka pemimpin yang ada sekarang harus pergi atau pun dijatuhkan.

4 – Malah Tulang Besi dengan rasa bangga diri menyatakan beliau juga memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak.

5 – Mudah mudahan dengan berkat permintaan Tulang Besi sekali ini akan terjatuhlah Pok Nicky dan Hadi Awang dan diganti oleh pemimpin muda yang lebih mirip kepada penyatuaan UMNO-PAS.

6 - Tulang Besi mendapat gelaran Menteri Sesumpah kerana beliau banyak melakukan Sumpah Laknat (Doa Kecelakaan) terhadap sesama Islam dan Melayu di seluruh Malaysia. Article lalu>


“Pimpinan Pok Nicky Perlu Di Tumbangkan”
“Pemimpin Celaru – Penganut Pas Turut Sakit Jiwa”

No comments:

Post a Comment