Multiple Pages

14/03/2011

Mukriz Dedah Temberang Besar Pas. Azizan Pula Di Tipu Orang Sendiri.


Oleh: HHalem

Temberang Pas Terhadap Rakyat Kedah
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (Pas), Abdul Ghani Ahmad berkata sehingga Julai tahun lepas, sebanyak 80.7 peratus daripada manifesto yang mempunyai 57 perkara yang disenaraikan dalam manifesto PRU 12 berjaya mencapai matlamatnya.


Daripada 57 perkara tersebut, beliau berkata 46 daripadanya telah dilaksanakan dan 11 perkara lagi atau 19.3 peratus masih dalam peringkat kajian merangkumi bidang pentadbiran, pertanian, pembangunan Insan, hal ehwal Islam, hal ehwal wanita, sukan dan rekreasi serta pihak berkuasa tempatan.

Mukriz Meminta Bukti Kukuh Apa Yang Di Temberangkan.
Kerajaan PAS Kedah perlu mengemukakan bukti yang sahih kepada rakyat mengenai kejayaannya menyelesaikan serta melaksanakan 80 peratus janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Mukriz berkata, “Kita mahu kerajaan PAS mengambil peluang mengemukakan bukti yang benar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April depan bagi menjelaskan secara terperinci kepada rakyat secara keseluruhan apa yang mereka maksudkan kejayaan 80 peratus itu.

Ia tidak cukup dengan sekadar cakap-cakap sahaja kerana rakyat jauh lebih bijak,”

Bukti Yang Pas ‘Mengambil Nama’ Dan Kaki Temberang.
“Dua tahun pertama selepas PRU ke-12, satu kenyataan telah dibuat oleh kerajaan negeri bahawa pembangunan di Kedah diambil alih oleh kerajaan pusat ekoran kerajaan negeri tak mampu untuk menguruskannya.

“Jadi tidak mungkin dalam tempoh setahun sejak mereka mengambil alih Kedah 80 peratus manifesto yang mereka janjikan pula dah siap…Saya hairan di mana datangnya projek-projek dan pelaksanaan dalam manifesto yang mereka janjikan sedangkan ia dilaksanakan oleh kerajaan pusat,” kata Mukhriz.

Cerita Sebenar Apa Yang Berlaku Oleh Mukriz
Mengenai pelaburan asing di negeri ini, beliau berkata semuanya atas usaha kerajaan pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tanpa ada sebarang pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang.

“Kita tak pernah beritahu kepada pelabur supaya melabur di negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional sahaja…walaupun Kedah diambil alih oleh kerajaan PAS, kita tidak sesekali melakukan sesuatu untuk menjejaskan keputusan syarikat melabur di sini,” kata beliau.

Penulis Berpendapat
Kita tunggu dan lihat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April ini samada Pas dapat memberi fakta-fakta dan data-data kukuh terhadap pencapaian mereka. Jika Pas berani mengeluarkan dakwaan bahawa peratus pencapian adalah 80.7, sehingga ‘one decimal places’ maka sudah tentu  angka yang perolehi mempunyai perkiraan.

Kita tunggu dan lihat data-data pada April ini. Azizan ‘tak-tau-pa-pa’ mesti telah ditipu oleh orang beliau sendiri.

“Pas alang-alang nak temberang, biar tipu habis-habisan”


Di susun dari Umno-on-line>


2 comments:

  1. 47 bahagi 57 dapat 0.8070175.
    Bila nak kira peratus, kita darap 100 jadi 80.70175.
    Ambik nearest two decimal places dapat 80.70%.

    Gitulah cara kiranya.

    Bak kata DM, tunjukkan bukti lebih bermakna kerana statstik ni boleh diolah mengikut kehendak penyampai.

    Nani Cheras.

    ReplyDelete
  2. salam bro.
    mohon pautan blog http://pantausblog.blogspot.com disini. Blog tuan akan dipautkan

    terima kasih

    ReplyDelete