Multiple Pages

29/03/2011

Pok Nick Dah Berubah. Hasil Loteri Tak Boleh Guna. Hasil Rumah Urut, Hasil Lesen Anjing, Hasil Beer Boleh Terima.


Oleh: HHalem

1- Syukur Alhamdulillah, isu pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' akhirnya terjawab apabila Kerajaan Kelantan mengumumkan ia akan terus diharamkan selepas ia didapati selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

2- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

3- Syukur dan tahniah kepada Pok Nicky dan seluruh Pas Kelantan kerana berani menegakan hukum Islam didalam hal isu loteri ini (hal lain belum tentu !) dan membuktikan bahawa Pas tidak menjadi kuda tunggangan dan barua kepada Pkr dan Dap Komunis,. Diharap ucapan tahniah ini tidak terlalu awal kerana anjing-anjing Pkr dan Dap akan menyalak beberapa hari lagi, dan ini mungkin akan merubah fikiran Pok Nicky.  Kita tahu Pok Nicky mampu mengeluarkan paktua-paktua baru dengan mengeluarkan hadith dan hukum bersesuaian mengikut selera politik. Seperti hasil lesen anjing boleh buat jalan.

4- Dengan pengumuman itu Pengerusi Dap Komunis, Karpal Singh terkedu dan terkejut kerana beliau sebelum ini berkata kepada Pok Nicky supaya “jangan bermain undang-undang dengan saya”.

5- Karpal sempat berkata,  apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,”  Kepada Karpal, hujahnya ialah ‘kepala bapak anda’ kerana haram tetap haram.
"Jangan Main Undang-undang Dengan Saya"
6- Karpal teruslah berhujah dan Pok Nicky terus lah melaksanakan dasar ‘judi itu haram’. Jika Pok Nicky berubah dan beralih arah ia menandakan sesuatu yang tidak kena dengan Islam yang dibawa oleh Pas.

7- Juga Pok Nicky dan Karpal teruslah bergaduh kerana disebalik kejadian itu terdapat hikmahnya. Konspirasi Pakatan Rakyat yang hendak menjatuhkan kerajaan akan berpecah terburai. Kelemahan Pakatan menjadi kekuatan kepada Umno BN.

8- Ditengah-tengah pergelutan yang akan menuju kehancuran Pakatan Rakyat, muncul manusia durjana, pengkhianat UMNO semenjak  azali. Beliau memihak kepada Karpal supaya pengharaman judi ditarik balik. Ku Li durjana menyatakan,

 “Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri,”

"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja,"
Miss Soruu Kalau Tak Jual Loteri

“Kes video seks Anwar dan loteri Kelantan akan memecah belahkan dan menghancurkan Pakatan”

“Ku Li samada masih berada di dalam Gua atau memang dengki jika Pas-Umno sehaluan”


No comments:

Post a Comment