Multiple Pages

16/03/2011

Rosmah Amat Sedih :- Damage Control

Oleh: HHalem


1- Sekurang-kurangnya kita telah mendengar dari Rosmah (melalui Berita Harian, bukannya Video), bahawa beliau amat sedih apa yang telah berlaku di Jepun.


2- Boleh lah dikatakan bahawa Video yang diterbitkan sebelum ini adalah mainan dan putaran parti pembangkang.

“Tahniah kepada Berita Harian kerana memperbaiki Image Rosmah”


Lain-lain Berita dari Panglima Perang Cyber>

.....Petikan  Berita Harian...

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam melahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Matahari Terbit itu Jumaat lalu.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) mendoakan mereka yang terselamat dalam malapetaka itu dapat kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

“Saya sebagai ibu dan isteri berasa amat sedih apabila melihat banyak nyawa yang terkorban. Saya diberitahu ada kereta api yang berlanggar... cuba bayangkan kemusnahan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang walkathon ‘Walk For Children: 1Malaysia Goes Green’ di Dataran Merdeka di sini.

Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada tengah hari Jumaat lalu dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu serta mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang. 

3 comments:

  1. mmm..ye sgt lah tu PERBAIKI..tapi utk yg terpelajar..mmg sgt memalukan. baca la posting ni. klau ko cukup ilmu boleh berdebat dgn minah ni:

    http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/03/kadang2-dalam-sesetengah-perkara-diam.html

    ReplyDelete
  2. Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

    Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan 'itu fitnah pembangkang', maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.

    Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?

    dipetik dari harakahdaily.

    ReplyDelete
  3. Sorry....tapi apakah soalan yang ditanya pada DS Rosmah sampai begitu rupa jawapannya? Kadang-kadang .. dalam kesebukan kita mencari kesilapan orang, kita terlupa mengambil perhatian mengenai soalan yang ditanya. Melihat dan mendengar dari sedutan klip komen DS Rosmah .. soalan yang ditanya telah tidak disiarkan sekali. Kenapa? Apakah mungkin soalan yang ditanya tiada mengena lansung?

    ReplyDelete