Multiple Pages

26/03/2011

Video:- Heboh dan Kecoh. Anwar Menganas Supaya Di Tangkap Polis


Oleh: HHalem

Minaq Jinggo:- Saya difahamkan malam ini terdapat dua lokasi ceramah yang berjalan serentak, satu lagi di kawasan Kg dato' Keramat. Majlis anjuran Azmin tidak memperolehi permit dari Polis. Setelah perbincangan pihak Polis telah bersetuju untuk memberi tempoh selama setengah jam bagi Azmin berucap semasa berucap Azmin memberitahu bahawa Anwar Ibrahim akan bersama di majlis tersebut untuk memberi penerangan mengenai kemelut terbaru yang beliau hadapi. 


Apabila Anwar tiba, beliau memberitahu bahawa Polis hanya membenarkan beliau berucap selama 15 minit. Beliau berjanji akan akur. 

Venue : Diperkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, Selangor 

Video 1 : Ucapan olih Anwar Ibrahim 


Video 2 : Kekecohan ketika Polis cuba memberhentikan majlis dan mengiring Anwar keluar. Penyokong ramai yang menyangka Anwar akan ditangkap olih Pihak Polis.. 


.....Video 1....

.....Video 2....



HHalem:-


1- Lihat perbezaan ceramah Pkr dengan ceramah yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Tanpa permit dan sentiasa menimbulkan dan membangkitkan semangat huru hara. Itu jawapan kepada soalan kepada kenapa ceramah Umno diberi permit, tetapi ceramah-ceramah ganas yang lain disebaliknya.

2- Contoh terkina ialah ceramah Ummi Hafilda baru-baru ini di Alor Setar yang dibatalkan oleh pihak polis. Ia bersurai dengan aman dan penceramah tidak degil seperti Pengikut Pkr.

3- Anwar membohong dari perkara kecil seperti ceramah 15 minit sehingga ke perkara sebesar-besarnya.

4- Kesilapan pihak polis ialah membenarkan juga ceramah berlaku walaupun tanpa permit. Tidak sepatutnya dibenarkan langsung. Ceramah panas menghasut mana boleh berhenti 15 minit. Biar ini menjadi iktibar kepada pihak polis.



No comments:

Post a Comment