Multiple Pages

28/03/2011

PANAS-Wan Noordin Wartawan Kanan Harakah Gelabah Panik Jawab Papa Gomo dan RBF


Oleh: HHalem


.....Petikan Harakah Daily....
Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.


"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Baca cerita RBF di sini >

6 comments:

  1. Nampaknya kaum India yg beragama Hindu pun berasa malu utk ada kaitan dgn Anwar.
    Orang Melayu dari PAS lansung tidak berasa malu dgn terus menyokong Anwar dan terus berdosa kerana bersubahat dgn Anwar.
    Nampak sangat PAS bersikap bodoh kerana yg sedap menutuh adalah Anwar, yg dapat dosa adalah PAS yg bersubahat. Oh ya, terlupa pulak PAS memang menyokong penuh ADUN2 dan pemimpin2 PAS yg berzina.
    Yang tak boleh cuma mendedahkan aib orang. Kalau boleh tumpang sekaki.
    PAS lansung tidak memikirkan persepsi rakyat utk PRU 13 nanti?

    ReplyDelete
  2. PARTI AJARAN SESAT ...ikut je si nuar tu

    ReplyDelete
  3. Sex..sex..sex..Masih tak habis-habis udara Malaysia dicemari kisah-kisah sex sepertinya pemimpin2 & blogger2 PR & BN sudah tak ada kerja lain, membincang soal-soal sex yg hanyir itu saja pada setiap hari.

    Kesian Malaysia, dunia sedang mentertawakan kebodohan kita yang membiarkan rakyat terjebak dalam isu sex yang memualkan tekak itu. Tak ada sandiwara lain lagi kah nak dipentaskan oleh pemimpin2 PR & BN serta pengikut2 mereka, mencipta escapism ketika rakyat sedang bertarung dengan harga barang yang semakin melambung?

    Yang pasti kini malaikat Akib tak menang tangan mencatat dosa demi dosa demi dosa demi dosa demi dosa demi dosa demi dosa yang dicipta oleh pemimpin2 PR & BN serta blogger penyokong2 mereka . Kesiannn dengan kita yang kononnya Islam nie....

    ReplyDelete
  4. Nak tunggu pula apa komen Gomo & RBF...

    Mohd...klu anda org Islam jgn cepat menuduh seseorang berzina krn anda tahu apa hukum dgn melakukanya, klu x tahu belajarlah agama.

    ReplyDelete
  5. rasanya Elizabeth taylor mati pasal kejutan video nie kut..wallahualam.

    ReplyDelete
  6. BERSUBAHAT MEMBELA PEMIMPIN KRISIS MORAL PUN BERDOSA..INGAT TU WAHAI PENYOKONG PAS..

    ReplyDelete