Multiple Pages

14/04/2011

Buletin Utama TV3. Part 2. Raja Petra Kini Mencaci Cara Anwar. Besar Kemungkinan Beliau Akan Membantu Mendedahkan Pembohongan Anwar Selepas Ini.


Oleh : HHalem

1- Pendedahan dan U-turn Raja Petra terhadap Anwar amat bertepatan waktu dimana pihak polis hampir memberi jawapan positive kepada video seks Anwar. Adakah ini berbetulan atau memang cara Raja Petra hendak menyelamatkan diri. Apa pun tujuan dan niat Raja Petra, perkara yang paling mustahak ialah Anwar dan PKR dilenyapkan dimuka bumi ini. Harus juga kita berhati-hati terhadap tipu muslihat Raja Petra-Ku Li-Anwar kerana banyak kemungkinan boleh berlaku.


2- Berikut wawancara Raja Petra disiarkan di Buletin Utama TV3, Bahagian 2. (Video nya menunggu pakar-pakar meng-upload di YouTube)
  
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.


Itu kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib ketua pembangkang itu.

Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan kami Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan datuk seri anwar.

Raja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati. 

Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

Raja Petra berkata, 
"Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.

Raja Petra berkata, 
"Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.

Raja Petra berkata, 
"Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

Raja Petra berkata, 
"Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang." 



2 comments:

  1. Apabila kematian altantuya diputarbelit oleh blogawan mesra pembangkang dengan tujuan jelas iaitu untuk dijadikan senjata politik buat pihak tertentu, kalau tidak silap tidak ada komentar-kometar mempertikaikan cerita dan kredibiliti pengarang cerita karut marut itu.

    Boleh dikatakan komen-komen yang dipaparkan di semua blog mesra pembangkang telah menerima bulat-bulat lontaran idea RPK tanpa perlu dibelek, dicium, di kupas, dibasuh, sebaliknya terus ditelan tanpa kunyahan.

    Satu yang luar biasa pada masa itu (June 2008) ialah tidak ada ayat sinikal dan skeptikal dilontarkan dalam blog mesra PR bagi menyangkal kesahihan cerita altantuya bawaan RPK. Malah pak junkgoat sama ada sedar atau tidak turut menyebarkan cerita palsu dalam rumah ibadat.

    Tetapi apabila RPK tidak lagi mempertahankan kebenaran cerita yang dibawa barulah nampak lontaran sinikal bersalut skeptikal terhadap pengarangnya. Ironinya dalam mereka mempertikaikan RPK pada masa ini, dalam masa sama mereka mahukan RPK mempertahankan cerita altantuya! Soalnya kenapa jadi macam itu?

    Hanya ada satu saja penjelasan di sini iaitu fanatisma membuatkan banyak minda tidak digunakan untuk membuat analisis rasional dan berfakta, mata sengaja dibutakan agar tidak nampak cahaya kebenaran, pintu hati ditutup rapat-rapat agar pandangan bertentangan tidak boleh memasukinya dan hati sengaja dibekukan agar tidak mudah berubah bentuk.

    Gapla

    ReplyDelete
  2. Tqs Gapla,
    Cukup menarik, Tuan harus berblog.:-)

    ReplyDelete