Multiple Pages

03/04/2011

Dato Azizan MB Kedah :- Maruah Amat Tercemar Dan Jatuh Air Muka


Oleh: HHalem

1- Jika Pengajar dan Pelajar Tahfiz yang dianggap bermoral, taat dan menganggap sesuatu kejadian itu adalah suratan takdir mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai, ia menandakan maruah pentadbiran kerajaan Pas dinegeri Kedah berada ditahap yang serendah-rendahnya. Maruah dan air muka Datok Azizan sebagai Menteri Besar Kedah amat tercemar.


2- Tunjuk perasaan Tenaga Pengajar dan Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bagi membantah apabila pengurusan Kolej menjadikan sebahagian bangunan Maahad Tahfiz di Mergong Alor Setar sebagai Sekolah Insan Bestari (SIB). Ini menyebabkan ramai pelajar Kuin terpaksa merempat diluar mencari rumah sewa.

3- Semua ini berlaku dihadapan mata Datok Azizan sebagai Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Kuin yang tidak tahu 'apa-apa.'

4- Jika rakyat Kedah yang dianggap berilmu agama yang tinggi, warak dan alim ini sanggup menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Datok Azizan; ia memberi pertanda yang amat jelas bahawa riwayat Datok Azizan dan Pas di negeri Kedah akan tamat tidak lama lagi.

5- Tidak lama lagi, samada meniru atau memang benci dengan Datuk Azizan, Guru-guru dan pelajar Tadika/Taska pula akan menunjuk perasaan terhadap Datuk Azizan dan Pas Kedah.

"Pak JanGoat-Pak JanGoat Kedah Tak Malu Ka"

......Petikan Utusan...
ALOR SETAR 1 April – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohammad Idrus Ismail berkata, demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu bertujuan membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari (SIB).

Katanya, bangunan Maahad Tahfiz itu mengandungi kelas pengajian dan asrama pelajar tahfiz sejak 2001, namun bangunan itu yang menjadi pusat pengajian dan asrama telah diambil alih oleh SIB bermula Januari lalu.

“Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami di pihak pentadbiran Kuliyyah tiada kepercayaan lagi kepada pengurusan Kuin,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini hari ini.

Dalam demonstrasi secara aman itu, pelajar-pelajar melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Mohammad Idrus meminta Menteri Besar meneliti perkara itu kerana bangunan Maahad Tahfiz sebenarnya telah digazetkan untuk kegunaan pelajar tahfiz, bukannya dikongsi dengan SIB.

“Saya terkilan kerana dengan kewujudan Sekolah Insan Bestari ini, pelajar tahfiz terpaksa keluar mencari rumah sewa kerana bilik asrama tidak cukup,” jelasnya.

Sementara itu, wakil pelajar, Ahmad Remy Md. Raof, 25, memberitahu, ada khabar angin mengatakan pelajar tahfiz akan dipindahkan ke tempat lain bagi memberi laluan kepada SIB.

“Sebagai pelajar, kami tidak puas hati kerana kita seperti dipinggirkan dan di sini kami tinggal di asrama di tingkat atas manakala bahagian bawah dan kelas pengajian diambil alih Sekolah Insan Bestari.

“Dulu tidak ada masalah, sekarang timbul pula isu nak rampas bangunan ini dan ada ura-ura kata semester depan tidak boleh masuk dah bangunan ini,” katanya sambil memberitahu kelas pengajian pelajar tahfiz kini adalah di Mergong.

Justeru, Ahmad Remy berharap, memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam minggu ini juga akan memberi sinar baru kepada pelajar tahfiz untuk belajar dalam suasana lebih selesa.

“Kami mahukan kemudahan dan ruang belajar yang selesa di mana bangunan Maahad Tahfiz ini sesuai di sini kerana terletak bersebelahan masjid kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sana,” tambahnya.



3 comments:

  1. ini hal pengurusan KUIN, tak ada sangkut paut dengan menteri besar sebab dia bukan pentadbir kuin, hanya pengerusi ysng mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah kuin. Ini bukan keputusan lembaga pengarah, ini urusan prntadbiran...kuin ada rektor, timbalan rektor bla...bla...

    ReplyDelete
  2. bacalah tu sedara.. kan menteri besar kedah tu pengerusi KUIN. memang lah ada kena mengena nya..

    ReplyDelete
  3. xdak kena mengena kpala lutut kau...abis menteri besar 2 pengerusi kuin..dah kompem2 dia lebih tau..amboi kalau bab salah orang lain..nampak je..bab salah diri depa..ada ja nak cover2..hambik lagi orang yg xda plajaran jd menteri besar..baru berapa taun memerintah kedah..apa yang dia bagi kat rakyat kedah..apa kemajuan yang dah dibangunkan..dia jd menteri besar kedah pn baru brapa taun,dah huru hara kedah jadinya..bayangkan kalau dia memerintah malaysia..mcm mana la kan..buka la mata,buka minda..jangan tau mengundi membabi buta..akibatnya diri sendiri merana..kita mengundi pn biar la orang yang diundi 2,bijak dan berfikiran jauh kedepan..dan boleh bg kesenangan pada rakyat untuk jangka masa yang pnjang..bukan yang cetek akal yang tau nak menggunakan kuasa sewenang2nya...

    ReplyDelete