Multiple Pages

19/04/2011

Datuk Bashah Dan Datuk Mukriz Pelempang Dan Sepak Terajang Datuk Azizan. Gandingan Cukup Hebat


Oleh : HHalem

 Rompak Kerajaan Pusat Ala-ala Robin Hood


1- Setelah Datuk Bashah boh pelempang Datuk Azizan dengan isu tanah KEDA>, maka tiba pula giliran Datuk Mukriz ‘boh penampaq/karate tokio dan sepak terajang’ kat Datuk Azizan dengan isu tanah juga, kali ini di UUM (Universiti Utara Malaysia). Dua gandingan tokoh cukup hebat sehingga kini.


2- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah di UUM sehingga 10 kali ganda, berbanding ketika negeri ini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN). Iaitu daripada RM150,000 sebelum 2008 kepada RM1.8 juta, pada tahun ini.


Mukhriz mendakwa, tindakan itu tidak wajar dan membebankan pengurusan UUM kerana sebelum ini cukai tanah yang dikenakan sekitar RM100,000 setahun.


3- Apa juga alasan ‘rebet’ yang diberi dan macam mana pusing-pusing macam Karpal Singh sekali pun memang jelas bahawa;

a- Pas Kedah merompak Kerajaan Pusat melalui kenaikan hasil tanah UUM. Mahu tidak mahu Kerajaan Pusat terpaksa membantu UUM kerana apa yang dilakukan Datuk Azizan mengikut dan berselindung batas undang-undang.

b- Pas Kedah mencari dan mengikis pelbagai sumber kerana kekeringan kantung wang negeri.

c- Pas Kedah terpaksa merompak dari yang berada untuk menampung pelbelanjaan negeri dan kegunaan rakyat. Ala-ala Robin Hood gituuu.

d- Pas Kedah tidak mementingkan pendidikan. Setelah menghuru-harakan KUIN (Insaniah), maka tiba pula giliran UUM di porak perandakan. Selepas ini UiTM di Bedong pulak akan di kacau bilaukan.

“Bangkitkan isu dan boh Azizan sampai tersungkor kat tanah. Tapi janji misai Azizan tetap tidak terjejas dan mantap”





No comments:

Post a Comment