Multiple Pages

04/04/2011

Download Video Seks Anwar Dari Parlimen Tidak Lama Lagi. Pendedahan Norliala. Siapa pula Norliala?


Oleh : HHalem

1- Karpal Singh, setelah menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuk dari Pkr dan Pas sendiri kerana meminta Datuk Trio ditangkap dan disoalsiasat kerana memiliki Video Seks Anwar, akhirnya menukar haluan. Karpal pada mulanya tidak berminat mencari kebenaran siapakah pelakon didalam video itu.



2- Ini menimbulkan persepsi umum bahawa Karpal mungkin telah mengetahui siapakah didalam video tersebut setelah berunding dengan Anwar. Bermati-matian beliau meminta Datuk Trio ditangkap dibawah pelbagai Akta.

3- Pada halnya, Karpal sendiri ingin melihat video tersebut, tetapi belia berani-berani-takut, kerana adanya akta-akta yang beliau sendiri meminta dilaksanakan iaitu menangkap sesiapa yang melihat atau mengedarkan video seks tersebut. Mungkin juga beliau malu-malu-segan. Begitu juga Wan Azizah yang teringin benar melihat kesumbangan suami beliau.

4- Apakah muslihat sebenar Karpal apabila meminta Video Seks Anwar ditayangkan di Parlimen. Ditontoni oleh Wan Azizah dikelayak ramai. Kepada Ku Li adakah ini bukan ‘muslihat longkang’.? Adakah ia boleh dilakukan kerana Karpal bukan Melayu. Apakah alasan sekali ini oleh orang-orang yang berpandangan seperti Ku Li?

5- Kepada alim ulama seperti Dr Asri dan mereka-mereka yang berpandangan seperti beliau, adakah ini boleh dilakukan kerana Karpal adalah kafir. Apakah alasan dan hadith-hadith sekali ini yang menghalalkan perbuatan menonton video seks di Parlimen?

PENDEDAHAN NORLIALA. SAPA PULAK NI?



......Petikan Malaysiakini....


Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayangkan video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.


Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.

Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung video seks DP Vijandran.

1 comment:

  1. Mana boleh tayang senang-2. Ini perangkap Anwar terhadap kerajaan. Video tu kepunyaan Datuk Eskay. Bukan kerajaan punya. Kalau di tayang di parlimen, dah tentu nanti dia tuduh Datuk Najib puak dalangnya...Jangan layan si ular ni

    ReplyDelete