Multiple Pages

15/04/2011

Komplot Menjatuhkan DS Najib. “Big Dog and The Geng” Berada Di Dalam Komplot Tersebut. Apa Muslihat Mereka Sebenar?

Oleh : HHalem

Logo Blog House Malaysia - Adakah ahli mereka pernah terlibat?


1- Ramai pembaca-pembaca dan rakyat telah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapakah pelakon video seks Anwar yang sebenar; malahan menanti-nanti sambungan teaser selanjutnya. Sebelum Jumaat minggu hadapan pihak polis sendiri akan mendedahkan segala-galanya. Kebenaran akan muncul juga akhirnya.


2- Perkara terkini yang hebuh diperkatakan ialah pendedahan nama-nama dan cacian Raja Petra terhadap cara pembohongan Anwar. Kaedah yang dilakukan oleh Raja Petra berlainan sekali dan tidak seperti Senator Ezam, YB Zul dan ramai lagi yang telah insaf diatas pembohongan Anwar. Oleh itu sekali lagi diminta pembaca berhati-hati dan membaca dengan fikiran terbuka terhadap tindak tanduk Raja Petra ini.

3- Didalam blog beliau, Malaysia Today, Raja Petra menceritakan seolah-oloh beliau telah dikencing hidup-hidup oleh sahabat karib beliau yang bernama Nik Azmi Nik Daud (Bul to the MCKK Old Boys-short for Bulat). Bulat, pembantu khas kepada Ku Li, inilah yang merancang segala-galanya bagi pihak perosak Umno dan pengkhianat negara Ku Li-Anwar.

4- Satu perkara yang amat menarik ialah penglibatan Bloger Big Dog (Tuan Zakhir Mohamad>) didalam penglibatan menjatuhkan DS Najib di perjumpaan di pejabat Ku Li.

“Earlier, a meeting was held in Tengku Razaleigh’s office. About 30 people attended the meeting cum buka puasa. A few Umno bloggers such as Big Dog and so on were there. PKR people like Adlan Benan Omar and Rafizi Ramli also came. And many others whom you will know if I mention their names also attended (I will leave it to them whether they want to surface, but they know who I am talking about).

“The purpose of this meeting was to explore how it can be engineered so that Tengku Razaleigh can take over as prime minister. Bul, of course, was the ‘main speaker’ with all the ideas on how this can be achieved.Raja Petra>

5- Timbul beberapa soalan-soalan untuk diketahui umum kerana Big Dog juga merupakan nama besar dan berprofile tinggi dan telah menjadi ‘public figure’. Beliau merupakan Bendahari kepada Blog House Malaysia (BHM). Penjelasan dan pendirian Big Dog mesti diketahui terutama peranan beliau didalam meeting ketika itu. Adakah beliau hadir kerana berminat menjatuhkan DS Najib? Atau beliau hadir hanya kerana dijemput suka-suka berbuka puasa? 

6- Diketahui umum juga dimana ada Big Dog disitu juga ada bloggers terkenal lain yang majoritinya berada di dalam jawatankuasa BNM. Lihat senarai nama-nama mereka disini>

7- Kita memerlukan penjelasan Big Dog dan lain-lain, samada mereka pernah terlibat hendak menjatuhkan DS Najib dan menyokong Ku Li sebagai Perdana Menteri. Tembelang mereka mesti diketahui umum. Di harap kita tidak menerima jawapan standard bahawa ini adalah satu lagi penipuan Raja Petra.

“Jawapan Standard Adalah Trade Mark
Anwar dan Ku Li”

No comments:

Post a Comment