Multiple Pages

18/04/2011

Menang Pun Menang Lah. Peluk Pun Peluk Lah. Jasa Mu Akan Di Kenang. Bila Nak Ganti Darah Muda

Oleh : HHalem

Pemerintah Berbeza Dengan Pembangkang. 
Membangkang Sampai Tamat Riwayat. 
Memerintah Memerlukan Darah Baru 

1- Belajarlah dari sejarah

Banyak sejarah Tanahair dan Luar Negara telah membuktikan bahawa jika seorang pemimpin berada terlalu lama ditampuk pemerintahan negara, rakyat akan berasa gelisah dan memberontak. 



Di Malaysia fenomena ini bermula semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (February 8, 1903 – December 6, 1990). Bermula memerintah sebagai Ketua Menteri Federation of Malaya dari tahun 1955 lagi, kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia Pertama. Beliau didesak dengan begitu teruk sekali supaya berhenti. 

2- Ini Nasihat Mudah Tun Mahathir 

Nasihat Dr Mahathir apabila ditanya mengenai tekanan dialami Taib agar meletakkan jawatan.

“Saya pernah berada dalam tekanan yang sama. Saya pasti beliau (Taib) tahu apa patut dilakukan,” 

3- Ini Kata DS Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, janji untuk memberi laluan kepada pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mentadbir negeri itu akan tetap dikotakan. 

Perdana Menteri menjelaskan, janji untuk berundur sudah dinyatakan sendiri oleh Abdul Taib secara terbuka dan ia perlu diterjemahkan sebagai satu komitmen. 


Bagaimanapun katanya, ia akan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa kerana perubahan itu memerlukan perancangan yang teliti dan tersusun.

"Saya percaya Pehin Sri (Abdul Taib) akan mengotakan janjinya, tapi kita akan tentukan kesesuaian masanya kerana apa yang penting ketika ini adalah untuk menentukan perubahan yang tersusun dan terancang untuk rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak, di sini malam ini. Utusan


4- Ini Kata TS Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.

"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," Malaysiakini


 
“Akan Berhenti Pertengahan Penggal, 
Bulan Berapa, Tahun Bila?”

“Jangan Jadi Macam Samy Vellu Udah Ler”

“Lebih Baik Pergi Sekarang, PRU 13 Nanti,
Teruk Kita Nak Pertahankan Taib Mahmud Ni”

2 comments:

  1. setuju bro... kalau lambat sangat kita pakat balun la. Lama lama dia terjun dengan sendiri

    ReplyDelete
  2. Ok Bro,
    Bila Tun start balun Taib, kita pun akan mula tibai sampai lembik.

    Kita lembik atau dia yg lembik:-)

    ReplyDelete