Multiple Pages

04/04/2011

Petani-petani Di Bunuh oleh Pas Kedah, Secara Halus


Oleh : HHalem

1- Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pas secara halus, samada disedari atau tidak, telah menghapuskan tanah pertanian di negeri Kedah dengan kaedah pembangunan/perindustrian secara berleluasa tanpa kawalan dan tanpa diganti semula.


2- Ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
"..banyak sawah dalam kawasan Lembaga Rancangan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini yang dibina projek pembangunan dan tidak diganti memandangkan penyediaan sistem pengairan menelan belanja mahal,"

“...sepatutnya kerajaan negeri (Kedah) membuat kajian untuk mengawal dan mengatasi masalah tersebut untuk kepentingan pesawah dan pengeluaran padi negara.”

3- Dengan tidak ada pengalaman dan wang untuk mengurus, diharapkan kerajaan tajaan Pas Kedah tidak melakukan lebih banyak kerosakan, sebelum pentadbiran negeri Kedah diambil kembali oleh BN.





......Petikan Utusan Kedah...
Kawal pembangunan tanah sawah

KUBANG PASU 2 April - Kerajaan Pas Kedah digesa mengkaji secara mendalam isu tanah sawah dibangunkan secara berleluasa dengan projek perumahan dan perindustrian di negeri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, jika masalah itu terus berlaku tanpa kawalan maka ia menjejaskan pengeluaran padi negara termasuk sasaran mengurangkan import beras yang kini berjumlah 30 peratus menjelang 2020.

"Kedah juga dikhuatiri kehilangan gelaran jelapang padi negara kerana banyak tanah sawah yang telah dibangunkan untuk projek perumahan dan perindustrian dan sehingga kini tiada ganti," katanya selepas merasmikan Majlis Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Pesawah Kedah Berhad, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kementerian memandang serius perkara itu kerana pelbagai masalah boleh timbul pada masa hadapan kalau kawasan tanah sawah terus ditimbus untuk projek perumahan atau industri.

"Contohnya banyak sawah dalam kawasan Lembaga Rancangan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini yang dibina projek pembangunan dan tidak diganti memandangkan penyediaan sistem pengairan menelan belanja mahal," katanya.

Kata Mohd. Johari, sebagai contoh kos membina sistem pengairan untuk menampung keperluan pesawah di Lembah Bujang di Merbok mencecah hampir RM100 juta.

Tegasnya, sepatutnya kerajaan negeri membuat kajian untuk mengawal dan mengatasi masalah tersebut untuk kepentingan pesawah dan pengeluaran padi negara.

Menyentuh tentang penubuhan koperasi pesawah tersebut, katanya, kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi berasaskan pertanian terutama membabitkan generasi kedua petani di negeri ini bagi meningkatkan produktiviti mereka.

"Terdapat peluang yang boleh diceburi koperasi terbabit berkaitan industri padi sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

"Misalnya koperasi ini boleh bekerjasama dengan petani dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menguruskan sistem estet padi dalam meningkatkan pendapatan petani," katanya.


1 comment:

  1. depa ni buat lawak ka apa...MADA dok buat apa..
    sebarang pembangunan dlm kawasan MADA,mestilah diluluskan oleh pihak MADA....siapa yg control MADA,pusat ka negeri...
    get your fact right...jangan dok crita yg tak betui noooo..

    ReplyDelete