Multiple Pages

23/04/2011

Raja Petra Kempunan Hendak Pulang Dan Di Soal Di Bangkok. Din Merican Kaw-Kaw Di Bukit Aman


Oleh : HHalem

1- Jelas bahawa Raja Petra memang kempunan hendak pulang ke Tanah Air dan beliau sedang berligar-ligar di pesisiran Malaysia. Setelah main-main dan sipi-sipi di Australia dan Bali, kali ini beliau berada di Bangkok. Beliau sedang bermain ‘catch me if you can’. Beliau juga sedang menguji samada beliau akan ditangkap di Australia, Bali atau Bangkok.

2- Kerajaan Malaysia tidak sebodoh seperti yang beliau sangka. Sebaliknya beliau hanya dipanggil ke Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk di soal siasat. Waktu article ini ditulis 10 malam 23/04/2011, beliau sedang di siasat di Bangkok.

3- Sahabat beliau Datok Din Merican pula telah disoalsiasat di Bukit Aman.


....Petikan mStar....


Raja Petra Diperintah Hadir Ke Kedutaan Malaysia Di Bangkok

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang kini berada di Thailand, Sabtu, diperintah hadir ke Kedutaan Malaysia di Bangkok pada pukul 9 malam ini.
Presiden Malaysia Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim yang bersama pengendali blog itu berkata, Raja Petra tidak ditahan sekarang.
Haris dan Raja Petra yang juga pengerusi MCLM sedang memberikan ceramah kepada rakyat Malaysia di Thailand.
Menurut laporan Malaysia Today, seorang pegawai kedutaan menemui Raja Petra sebelum acara tersebut bermula untuk memberitahunya bahawa dia diperintah untuk menghadirkan diri di Kedutaan Malaysia sejurus selepas ceramah itu berakhir.
Raja Petra ialah editor Malaysia Today.
Pada Jumaat, seorang pengendali blog, Din Merican diperintah untuk hadir di Bukit Aman dan disoal siasat oleh polis selama tiga jam dari pukul tiga hingga enam petang.
Polis ingin tahu tentang perhubungannya dengan Raja Petra dan mengenai temuramah TV3 dengan Raja Petra baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment