Multiple Pages

09/05/2011

Anwar Bermaksud Eskay Melakukan Dosa Besar, Peminum Arak Dan Penzina.

Oleh : HHalem

Gila Woodpecker

1- Ini berita lama (29/04/11)  yang penulis pungut dari Berita Harian mengenai Anwar yang enggan menyahut cabaran Datuk Eskay untuk bersama-sama melafazkan sumpah laknat bagi menafikan dirinya bukan individu dalam rakaman video seks seperti yang didakwa trio Datuk T.


2- Tertarik dengan kenyataan Anwar yang mempersoalkan kredibiliti Datuk Eskay.  Anwar berkata selepas dipanggil memberi keterangan berhubung video seks itu selama sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,

“Kalau kita rujuk kenyataan Datuk Asri (bekas mufti, Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin), perkara seperti ini harus dirujuk pada hukum syariah dan Mahkamah Syariah. Kalau rujuk hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah dalam hal-hal seperti ini harus bebas daripada dosa besar, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina,” Berita Harian>

3- Jelas Anwar memberi  2 indikasi besar bahawa;

a- Datuk Eskay tidak layak bersumpah disebabkan Anwar membuat andaian bahawa Eskay ada melakukan dosa besar, pernah minum arak dan pernah berzina. Anwar memang sedia maklum disebabkan mereka pernah berkawan rapat dan pernah bersuka ria dan melakukan banyak perkara bersama-sama.
Senang ceritanya, jika Datuk Eskay pernah minum arak dan berzina, maka Anwar juga turut terlibat.

b- Sekurang-kurangnya Anwar mengakui bahawa sumpah laknat memang dilakukan dengan kenyataan beliau tersebut. Tetapi beliau tidak bersih dan tidak bebas  “daripada dosa besar, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina,”, untuk mengangkat sumpah.


4- Ini kata-kata Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah laknat tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah sahaja.

“Ya! Bukan paksaan atau kewajiban tetapi ia perlu dilakukan untuk menghilang sangkaan.Sinar Harian>

5- Walau macam mana helah sekali pun yang di pusing dan di putar oleh Anwar, ia tetap akan menampakan temberang Anwar. Ia termasuk juga Wan Azizah yang tergagap-gagap apabila menjawap soalan cepumas dari pemberita.


Klasik Dari Samy Vellu Terhadap Semua Ini

"Ini Semua Kerja Orang Gila"
 

3 comments:

  1. Setuju dengan komen Dato Samy semua org dah gila sex tidak kira depan belakang, gila kuasa , gila korupsi, gila talak.......

    ReplyDelete
  2. Bila Samy Vellu balik kampong India, politik MIC sunyi sepi.

    ReplyDelete
  3. MIC dalam proses adaptasi peribahan kepimpinan...

    http://nalurirakyat.blogspot.com/2011/05/allah-tidak-redha.html

    ReplyDelete