Multiple Pages

11/05/2011

Anwar PandiKutty Mengali Kubur Sendiri. Ada Nyawa Yang Terkorban Nanti.

Oleh : HHalem

  
1- Sebelum  komplot  dalam  komplot  merancang drama kemalangan serta cubaan membunuh  Anwar Pandi Kutty  seperti  olahan Zahid Mat Arip (cucu Tun Ghafar  Baba)  didalam  mimpi beliau keluaran video  Minaq Jinggo pada  24/04/2011;  memang  telah  terdapat  pelbagai dedahan sebelum  ini.  Malahan laporan polis juga telah di buat oleh Bekas Ketua Wira PERKASA, Armand Azha Abu Hanifah, pada 11/02/2011 yang lalu mengenai perkara yang sama.

2- Lebih tepat dan khusus lagi apabila Armand mendedahkan perancangan drama kemalangan itu dibincangkan secara tertutup di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

3- Yang menariknya apabila Armand mendakwa dia memperolehi maklumat terperinci dari maklumat yang dipercayai berkenaan perancangan Anwar itu, tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada pihak media.

“Polis telah memberitahu kami supaya tidak memberitahu pihak media berkenaan perancangan itu”, katanya.

4-  Dengan perangkap dan komplot buatan Anwar ini dirasakan mesti ada nyawa orang lain yang akan terkorban. Oleh itu elok lah jika pemandu-pemandu Anwar meletakan jawatan masing-masing supaya lebih selamat sebelum nyawa mereka terkorban disebabkan perancangan Anwar sendiri.

Baca laporan yang amat menarik dari AidcNews seperti dibawah.
....................................................................................................
Anwar Rancang Lari Ke Luar Negara

Armand Azha, Ketua Wira PERKASA sedang menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Dang Wangi


AIDCNews -11/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang mengatur perancangan mendapatkan suaka politik luar negara bagi membolehkan beliau melarikan diri daripada menghadapi kes liwat yang sedang dihadapinya sekarang.

Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Wira PERKASA, Armand Azha Abu Hanifah, ketika membuat laporan polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.

“Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok,” kata Armand.

Menurut sumber, Anwar akan melarikan diri ke luar negara dengan bantuan Turki, Australia dan Amerika Syarikat, kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh di ketiga-tiga negara tersebut.

Armand mendakwa dia memperolehi maklumat terperinci dari maklumat yang dipercayai berkenaan perancangan Anwar itu, tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada pihak media.

“Polis telah memberitahu kami supaya tidak memberitahu pihak media berkenaan perancangan itu”, katanya.

Rancang Drama Kemalangan
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.

“Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.

“Kenapa dia (Anwar) harus lakukan semua ini ? Adakah ini satu propaganda Anwar untuk menarik simpati rakyat ? Untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ?”, soalnya.

Armand mendakwa perancangan drama kemalangan itu dibincangkan secara tertutup di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

Ketua Wira PERKASA itu turut berkata ‘Anwar menyembunyikan sesuatu’ dan menjadi dalang merancang plot serta berusaha menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwat dalam pelbagai cara.

AIDCNews sebelum ini pernah melaporkan Anwar telah mengadakan mesyuarat tertutup dengan Kira-kira 60 orang dari pemimpin NGO India dan individu yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat (PR), selama dua jam di ibu pejabat PKR.

Dalam perbincangan itu, banyak perkara telah diusulkan. Salah satunya supaya berbincang dan membawa balik pengasas Hindraf, P. Uthayakumar kembali ke Malaysia untuk mengetuai demonstrasi seperti mana yang telah dilakukan pada tahun 2007. Klik di sini >

Pendedahan berkenaan dengan ‘plot drama kemalangan’ turut dilaporkan di The Unspinners dan Malaysia Instinct hari ini.

“Rakan-rakan kami dalam PKR mendedahkan semasa perjumpaan dengan pemimpin India PKR pada 2 Feb 2011 di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Anwar menuduh kerajaan sedang merancang untuk membunuhnya dengan cara mengatur kemalangan jalan raya.

“Nampaknya Anwar sedang berusaha untuk halalkan bakal tindakan yang akan diambil bagi mengelak hukuman penjara kes liwatnya”, lapor The Unspinners. Klik di sini >

Laman Malaysia Instinct pula mendakwa lakonan drama kemalangan terpaksa dibuat kerana Anwar kehabisan alasan untuk menunda kes liwatnya dan tekanan dalaman parti apabila semakin ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti.

1 comment:

  1. hm...anwar yg lari org lain yg akan mati..mmg perangai yahudi tul la..

    ReplyDelete