Multiple Pages

03/05/2011

Husam Musa Mencari Bala Dengan PAS Pusat.


Oleh : HHalem

1- Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa telah mencabar trio ‘Datuk T’ supaya menjalani ujian poligraf (lie detector) bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,”


2- Adalah amat janggal sekali, dimana rata-rata Pak Jangoat Pas dan Pkr menidakan dan tidak menerima langsung apabila Datuk Eskay membuat sumpah  terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Malah mereka hanya menerima “hukum qazaf dan empat orang saksi” sahaja sebagai bukti terhadap tuduhan Video Bogel Anwar. Kemudian tiba-tiba Husam meminta ujian poligraf di buat untuk membuktikan Datuk Eskay tidak berbohong di dalam akuan sumpahnya.

3- Ada tiga kemungkinan disini, dimana;

1- Husam Musa adalah orang yang didengari dan berpengaruh didalam Jawatankuasa Pas Pusat, maka apabila beliau bersuara ia mencerminkan kataputus dalaman Pas Pusat. Walaupun selepas ini Pok Nick akan menyatakan jawapan standard bahawa percakapan Husam hanya lah pandangan peribadi beliau bukan keputusan parti.

2- Kedua-dua Pok Nick dan Husam akan menidakan laporan KLPos dan seperti biasa menyatakan ungkapan KLPos adalah ‘celako belako’ dan menuduh KLPos membuat fitnah.

3- Jika ia benar seperti ungkapan Husam, bermakna  gerombolan Pas telah menerima video, jam Omega dan sms sebagai bukti pelakuan buruk Anwar di mahkamah nanti selain 4 saksi jika ada.

 ...Sumber KLPos...

Dato Eskay Sahut Cabaran Hussam Musa Untuk Jalani Ujian Poligraf
02 May 2011 4:21PM

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.

“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,”

Berikutan dari cabaran yang di lemparkan Yb Hussam Musa Musa pihak KL Pos telah menguhubungi Dato Eskay berhubung cabarang Yb Hussam Musa. Dato Eskay dalam kenyataan yang di buat melalui panggilan talifon bersetuju menyahut cabaran Yb Hussam Musa dan meminta agar Ujian Poligraf di adakan secepat mungkin bagi menjelaskan kebenaran yang wajar di ketahui rakyat.

Dato Eskay juga meminta agar Dato Seri Anwar Ibrahim turut sama menjalani ujian Poligraf serentak di hari yang sama dan ujian Poligraf tersebut juga wajar di buat secara langsung agar seluruh dunia dapat mengikutinya secara langsung.

Dato Eskay juga menegaskan jika Ujian Poligraf di terima oleh kepimpinan PAS maka tidak ada salahnya Bukti Video Seks dan Jam tangan Omega turut di terima pakai oleh kepimpinan PAS yang ada memandangkan segala bukti bukti yang wujud dalam isu Video Seks ini harus di guna pakai oleh semua pihak bagi menentukan siapa yang benar dan siapa yang Pembohong.

1 comment:

  1. kerana mulut badan binasa.. kerana husam pas, nuar terkencing lagi!!!

    ReplyDelete