Multiple Pages

20/05/2011

Jins Bersuara. Bermaksud Umno Taiping Bergelora, Runcing dan Huru Hara

Oleh : HHalem
Mohd Zain aka Jins Shamsuddin

1- TS Dr Jins Shamsudin! Tidak banyak yang diketahui penglibatan bekas ‘Hero Filem Melayu 60an’ ini di dalam politik Umno.

2- Sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Taiping (tapi senantiasa duduk di KL), beliau mahu Umno mengsisihkan individu yang mencetuskan huru-hara di dalam Umno.

3- Apa kah yang dimaksudkan huru-hara oleh beliau itu?
Adakah maksud huru-hara itu termasuk ahli Umno yang lantang bersuara menegakan kebenaran dan keadilan di dalam parti Umno?
Siapakah individu-individu yang dimaksudkan oleh beliau?

4- Apabila Jins sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Taiping bersuara, penulis berpandangan bahawa Jins bermaksudkan Umno Bahagian Taiping sekarang sedang bergelora dengan huru-hara. Apa kah gelora yang dihadapi oleh Umno Taiping? Mungkin beliau akan di cantas di Taiping.

5- Jika sekali sekala muncul di Taiping dan mengeluarkan kenyataan yang tidak cukup popular seperti filem-filem Melayu beliau, maka beliau akan menghadapi masalah besar di Taiping.

6- Mungkin juga Jins bermaksudkan mereka yang menghuru-harakan suasana  ialah seperti Presiden Perkasa Ibrahim Ali dan Zakhir Muhammad Big Dog. Jika mereka bukan ahli Umno bermakna mereka terlepas dari segala tuduhan.


(RALAT. Berdasarkan orang Taiping. Umno Bahagian Taiping hendaklah dibaca dengan Umno Bahagian Bukit Gantang – Lihat komen Tuan AMNI TPG di bawah. Terima Kasih kepada TPG)


....Bernama...
Jins Shamsudin Mahu Umno Sisihkan Individu Cetus 'Huru-Hara'

YAN: Anggota Umno yang sengaja mewujudkan situasi huru-hara dalam parti merupakan individu bermasalah yang meletakkan kepentingan sendiri mengatasi parti dan perlu disisihkan, kata pelakon dan pengarah filem terkenal Tan Sri Jins Shamsuddin.

Jins, yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Taiping, berkata Umno perlu dibersihkan daripada individu yang mempunyai sifat sebegini kerana kehadiran mereka hanya merosakkan parti.

"Pemimpin Umno perlu sentiasa bersatu padu dan saya yakin mereka tidak akan berpecah belah hanya kerana satu atau dua individu yang mempunyai kepentingan diri.

"Undang-undang untuk mengawal mereka memang ada tetapi perpaduan yang lahir dari kesedaran diri sendiri lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada majlis ceramah perdana sempena ulang tahun Umno ke-65 anjuran Umno Bahagian Jerai di sini, Khamis.

Jins juga menyifatkan percanggahan pendapat antara pemimpin dalam parti sebagai baik dalam erti kata untuk mencari jalan menyelesaikan sesuatu isu, asalkan mereka tidak bermusuhan.

Namun, beliau menganggap pemimpin yang bersifat talam dua muka, sebagai amat berbahaya kepada parti. 







3 comments:

  1. Maaf kan saya , anda salah fakta bila menyebut TS Jins Shamsudin< Ketua Penerangan Umno Bhg Taiping.

    Fakta itu tak betul dan tepat.

    Beliau adalah Ketua Penerangan Umno Bhg Bukit Gantang dibawah pimpinan Dato Hj Rosli, ADUN Trong sebagai Ketua Bahagian manakala Umno Bahagian Taiping diterahui oleh Dato Hj Ahmad Shalimin dan Ketua Penerangan nya adalah Hj Faisal Hanafiah.

    Harap dapat buat pembetulan pada masa hadapan kerana kedua-dua bahagian ini tidak mempunyai gelora yang boleh menjadi tsunami hanya ombak yang memvbdaia pantai sahaja,

    Sekian,

    ReplyDelete
  2. Tuan Amni TPG,

    Ribuan Terima Kasih Tuan.

    Harap-harap BERNAMA pun terperasaan hal ini.

    Maklumlah "Tidak banyak yang diketahui penglibatan bekas ‘Hero Filem Melayu 60an’ ini di dalam politik Umno"

    ReplyDelete
  3. "Ombak yang membadai pantai sahaja" :-)

    ReplyDelete