Multiple Pages

09/05/2011

Muslihat Politik Terbaru Datuk Azizan, Selepas Jembalang Tanah UUM Menganas.

Oleh : HHalem

1- Apakah muslihat sebenar Datuk Azizan didalam isu Tanah UUM? Beliau sebelum ini berkeras dan bermati-matian akan meminta Pengarah Tanah Galian Kedah mendenda pihak UUM kerana gagal membayar hasil tanah bermula pada 1hb June nanti, jika tidak tanah UUM akan dirampas.


2- Berita terbaru hari ini pula menunjukan Datuk Azizan tiba-tiba berubah arah dengan menyatakan,
“Kerajaan negeri akan menimbang semula rayuan itu tapi kita minta ia dibuat terus oleh kementerian Pengajian Tinggi kerana kementerian itu bertanggungjawab mentadbir UUM secara langsung”

3- Ini berlaku setelah Badan Perhubungan UMNO Kedah melalui Biro Pendidikan,  Dato’ Abdul Aziz Sheikh Fadzir datang berjumpa  untuk menyerahkan rayuan pengekalan rebat cukai tanah UUM.

4- Apakah muslihat Datuk Azizan sebenarnya?  Dengan sekali pandang nampaknya beliau telah bertukar corak. Adakah ini benar?  Sebagai orang tua yang tengah dan sedang berfikiran waras, terdapat beberapa kemungkinan di atas tindakan beliau itu.

a- Pertamanya, beliau secara halus menyatakan kepada Dato Abdul Aziz supaya berambus dan Dato Aziz tidak layak berjumpa beliau kerana Dato Aziz orang ‘kecil dan kerdil’. Beliau mahu menteri Pengajian Tinggi sendiri datang menyembah dan merayu-rayu kepada beliau.

b- Keduanya, beliau ingin menunjukan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang lain bahawa beliau dapat menundukan kerajaan pusat dengan isu Tanah UUM. Beliau mudah di bawa berunding, kononnya lah.

c- Ketiganya, beliau ingin menjadikan Tanah UUM ini sebagai ‘bargaining power’ atau kuasa tawar menawar dengan kerajaan pusat mengenai beberapa isu yang mungkin akan membawa pulangan lebih lumayan kepada Kedah melalui beberapa projek yang memerlukan kelulusan pusat. Di antaranya ialah projek penapisan petrokimia SULIHH bernilai RM35 billion usahasama Merapoh Resources Corporations, Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Invesment Ltd. Pulangan setahun kepada Kedah dijangkakan RM400 juta.

d- Keempatnya, beliau sedar tentang kritikan amat pedas oleh rakyat Kedah bahawa orang tua macam beliau memang tidak mementingkan pendidikan anak-anak dan langsung tidak berkebajikan seperti yang di laung-laungkan selama ini.  Memang lumrah bahawa ada juga Pak JanGoat tidak mementingkan pendidikan anak-anak.

e- Kelimanya, jika Menteri Pengajian Tinggi tidak memberi respond bermakna beliau telah berjaya dari segi perang saikologi.
  
“Apa pun, kita lihat jembalang tanah Datuk Azizan seterusnya”




1 comment:

  1. Tolong siasat tanah kolej Insaniah Alor Star...kene byr full ke dapat rebet

    ReplyDelete