Multiple Pages

06/05/2011

Papa Gomo Pula Yang Cungkil Rahsia Bukit Aman. Sungguh Licik


Oleh : HHalem

1- Bersabitan dengan pendedahan terbaru perihal Anwar yang akan didedahkan oleh Datuk Eskay, dimana ia dikatakan lebih mengemparkan dan berkepentingan negara, Datuk Eskay menyebutnya akan didedahkan didalam minggu ini. Sekarang telah hujung minggu (Jumaat 6/5/11).  Kemudiannya Datuk Eskay berkata ia ‘akan didedahkan dalam waktu terdekat’ . Ini kata beliau kepada Sinar Harian ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kepong.

“Kita tunggu polis dedahkan pelaku dalam video itu. Lepas itu baru saya akan dedah konspirasi terbabit...Jika polis tidak dedahkan, kita lihat bagaimana, tetapi saya yakin polis akan dedahkan kerana difahamkan siasatan sudah di peringkat akhir”. Sinar Harian>

Ditanya kesahihan dua bahagian video yang disiarkan di Internet baru-baru ini, beliau sahkannya.

2- Kita lihat pula pandangan dan maklumat Papa Gomo apabila beliau di soal siasat buat kali ketiga oleh pihak polis Bukit Aman pada 05/05/11 Khamis, mengenai penglibatan beliau yang dituduh meng-upload video-video bogel yang dikatakan pelakonnya adalah Anwar. Ini kata Papa Gomo dalam blog beliau,

“Dalam pada soal siasat tadi juga Gomo meminta agar pihak Polis menjelaskan kepada rakyat dengan membuat pengumuman siapa pelakon lelaki dalam video Seks tersebut dan Pihak Polis menyatakan bahawa pengumuman siapa pelakon lelaki itu bukan terletak di bahu mereka! Ketua Peguam Negara lah yang sewajarnya mengumumkan siapa pelakon Lelaki dalam Video Seks!”
Papa Gomo di sini dan di sini >

3- DSP Shanmugam Moorthy (Ketua Penyiasat Video Seks),  ASP Asrul dan Inspector Ridhwan sendiri telah menyoal siasat dan memberi maklumat (atau terberi !!) kepada Papa Gomo.

4- Jadi, diantara kenyataan Datuk Eskay bahawa polis akan dedahkan, berbanding pula dengan kenyataan Papa Gomo bahawa Ketua Peguam Negara akan dedahkan; maka yang manakah kita terima pakai dan percayai?

5- Penulis lebih berkeyakinan dengan maklumat Papa Gomo kerana beliau mengunakan nama DSP, ASP dan Inspector penyiasat kes. Selepas ini amaran akan datang dari big-boss supaya lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan Papa Gomo yang amat licik.

6- Maklumat mustahak yang Papa Gomo perolehi ialah,

a- China Doll bukanlah seorang pelajar Kolej Swasta dan telah di soalsiasat. Jika tidak kita akan menghadapi masalah pelajar dari Beijing datang dengan permit belajar sambil melacur. Masalah perhubungan dua hala dengan negara China pula akan timbul

b-  Pihak polis telah meminta Anwar menunjukan jam tangan Omega tetapi Anwar telah gagal memberi alasan dan penerangan yang konkrit.

7- Berbalik kepada pendedahan yang lebih dasyat oleh Datuk Eskay, maka kita terpaksalah menunggu sebelum  PRU 13 kerana Ketua Hakim Negara ni orang yang amat waras disegala segi.

“Menunggu lah kita pada pendedahan dasyat Eskay dan siapakah pelakon video oleh Ketua Hakim, 
macam buah tak luruh”

“Sementara itu, Bukit Aman selalu-selalu lah panggil
Papa Gomo datang bersembang”

“Papa Gomo pula rajin-rajin lah melawat Bukit Aman
supaya kita up-to-date”

 “Apa pun, syabas dan tahniah kepada Papa Gomo, 
anda hero kami”

No comments:

Post a Comment