Multiple Pages

15/05/2011

Pengakuan Anwar. Jam Omega Kepunyaan Beliau. Bahrain Tawar Suaka Politik.

Oleh : HHalem 

  

1- Perkembangan menarik yang dipetik dari AIDCNews ialah bahawa Anwar Pandi Kutty telah membuat pengakuan yang jam Omega yang diserah oleh Datuk Eskay kepada polis adalah milik beliau yang dibeli pada tahun 2004.

2- Keduanya ialah Anwar ditawarkan suaka politik ketika beliau berada di Bahrain oleh Ahli Lembaga Pengarah Al Baraqa Bank

3- Mengenai suaka politik, penulis merasai, ini adalah auta politik Anwar yang kaki temberang kerana tidak berkemungkinan negara Arab tersebut mahu mencampuri urusan hal politik dalaman Malaysia dan negara OIC. Mengenai jam pula, Anwar terpaksa mengakui kepunyaanya kerana beliau telah tersepit.  

Penulis sedang berusaha mencari video ceramah Anwar di Bukit Katil yang terdapat kedua-dua perkara yang disebut diatas seperti yang dikatakan oleh sumber.



Anwar Kena Boo di Bukit Katil, Melaka

AIDCNews – 14/05/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim diboo ‘Anwar Pandi Kutty’ oleh ratusan pemuda ketika beliau sedang berceramah di Bukit Katil, Melaka semalam.

Anwar marah dengan provokasi itu dan menuduh sekumpulan yang mengeboonya itu diupah.

“Bayar RM50, tolong jerit pada ceramah. Jangan jadi hamba orang rasuah. Kerja tidak ada. Pendidikan, tidak ada. Yang ada RM50, upah jerit. Dalam Quran, disebut ‘keldai’.

Sekali lagi Ketua Umum PKR itu mengulangi tuduhannya ‘Pandi Kutty’, kata-kata yang menghina yang pernah dilemparkannya semasa berceramah di depan masyarakat India di Klang, Sabtu lalu.

“Bila saya tuduh Umno amalkan budaya ‘pandi kutty’ mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik ‘pandi kutty.

“Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam ceramah di Pejabat Pas Kawasan dan Unit Peti Undi Bukit Katil itu, Anwar mengakui beliau telah dipujuk oleh Ahli Lembaga Pengarah Al Baraqa Bank supaya meninggalkan Malaysia dan menetap di luar negara.

“Tak payah duduk di situlah (Malaysia), kami tengok (dugaan yang dihadapi Anwar) kami pun tak tahan, cerita Anwar mengenai pujukan Ahli Lembaga Pengarah Al Baraqa Bank dalam mesyuarat di Baharin baru-baru ini.

“Rakyat tidak cerca saya, yang cerca saya (adalah) pemimpin Umno,” cerita Anwar lagi.

Anwar merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif Bebas, Al Baraqa Bank Group (ABG) sejak dari tahun 2006. Klik di sini

Dalam ceramah itu Anwar turut mengakui bahawa jam tangan Omega yang diserahkan oleh Eskay Shazryl Abdullah kepada pihak polis adalah miliknya yang dibelinya pada tahun 2004.

8 comments:

  1. MEMANG SAH ANUAR DAH GILA

    STANDARD BERCAKAP PUN DAH MACAM BUDAK BUDAK KAMPUNG YANG SEDANG GADUH TUDUH MENUDUH

    APALAH MALANG ADA MANUSIA MACAM ANUAR KAT DUNIA NI

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya itu lah style dan cara bersembang di bawah pokok ketapang di Penang.

    Asli dan pure, cara sembang sampai pukui 5 pagi. Besok bagun pukui 2 petang, pi pekena roti canai kat Kassim Mustapa. Line Klear pekena nasi kandaq. Kemudian lepak2 kat Batu Ferringhi.

    ReplyDelete
  3. lu memang cool la hhalem

    ReplyDelete
  4. Pandikuti al juburiti kian pundikonkit

    ReplyDelete
  5. orang punya semua rasuah???hang punya? pak hang punya? suku sakat hang???hang ingat semua orang macam hang ka?????hang dengan drM macam langit ngan bumi...hang ni manusia pelaq hang tau dak??kaki balaih punkoq ni langsung tak leh pecaya langsung punya orang tau dak!!!pasai pa hang tak sumpah kalo hang rasa dah terinaya? pasai apa hang tak saman eskay?ni...hang belit sana, hang belit sini mcm serban abang angkat hang karpal sing tu pasai pa????hang lepaih kes mahkamah hang dulu pasai teknikal, bukan pasai hang tak buat kan!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Memalukan..yang dia upah oramg memekak kat mahkamah tak pa pulak..mengata dulang pake serpih mengata orang dia yang lebih...dah lah boring lah dengan si Anuar ni..sejak awal January hingga kini asyik cerita pasal dia je..muakkkkkkk ah..loya...geli...

    ReplyDelete
  7. SEDARLAH DIRI SENDIRI....MANUSIA DUAA ALAM

    DEPAN BELAKANG SAMA RASA....

    ReplyDelete
  8. anwar pungkok tak pyah la nak caya ckap dia..mcm tin kosong isi takda..kalau nak sronok mcm layan wayang kulit bleh la..

    ReplyDelete