Multiple Pages

26/05/2011

Pok Nick Hentam Prof Aziz Bari, Tapi Kutuk Umno-BN


Oleh : HHalem


1- PAS setelah dikutuk oleh orang kepercayaan mereka sendiri, Prof Aziz Bari,  sebagai, Tok Lebai Gabra, Syok Sendiri Dan Anti-Perubahan” >,  akhirnya mendapat perhatian Tok Guru Nik Aziz.

2- Sebagai tindak balas Pok Nick kepada Prof  Aziz Bari tentang kutukan yang pedas itu, Pok Nick membidas UMNO-BN kerana sengaja menimbulkan isu Tok Lebai/Tok Imam didalam PAS, dengan mencipta 'label-Lebai'.

Oleh kerana Pok Nick semakin lama semakin pakar menyalahkan orang luar apabila Pas mengalami masalah, maka kali ini beliau salahkan Umno-BN, dan tidak diri sendiri tentang kelemahan dalaman Pas. Anwar merupakan Tok Guru kepada Nick Aziz. Jika Tok Guru boleh dipengaruhi, maka tidak hairanlah jika Anwar menakluki Parti PAS pada pemilihan Pas nanti.

3- Pada mulanya Pok Nick menafikan keujudan kumpulan Ulama dan Profesional didalam Pas, yang didakwa bersaing untuk menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu. Selepas menyedari kesilapan beliau terus berubah arah,

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebooknya

Sumber utama TVSNews

1 comment:

  1. Prof Bari... perlu tahu... asasnya level pelajaran U dgn Nik Aziz tak sama...Skol tak sama.. Disiplin berfikir tak sama...

    Dedudukan pencapaian U...Kecerdekan bukan atas orang suka , kalau U stuburn U tak akan pandai..
    Tapi Nik Aziz capai kedudukan bukan atas cerdek tapi orang suka..Bab orang suka ni banyak sebab..pandai berlakon, Pandai illusikan orang,putarbelit,fitnah,pandai mentadbir,pandai membina negeri ,bolih bermuafakat.minda terbuka, jadi asas mana dia dipilih amatlah jelas...
    Kita kena benar dalam hal ini.
    Apatah lagi...dia dipanggil Lebai...degrade..katanya... itu lah manusia bijak pun lalai dgn disiplinnya,
    Apa apa pun prof dan nik aziz hebat di platform masing masing..yg saya ternanti tak kunjung jelma ialah..ADAB...

    HPerancis

    ReplyDelete