Multiple Pages

30/05/2011

Tuduhan Ugut Membunuh. Papa Gomo Patut Saman Hingga Azuan AMK Tinggal Teloq

Oleh : HHalem


1- Apabila berita mengenai laporan polis yang dibuat oleh Azuan Ab Rahman AMK (mata merah macam kaki daun ketom),  terhadap Papa Gomo tersebar dan dikatakan Papa Gomo mengugut hendak ‘membunuh’ Azuan (Bloger Harapan Rakyat), penulis menerima komen dari Papa Gomo seperti berikut>,

2- Daripada komen Papa Gomo, penulis berfahaman bahawa Azuan, ahli Angkatan Muda Keadilan ini sangat dibenci kerana tulisan-tulisan di dalam blog Harapan Rakyat Malaysia dan laman Facebook beliau. Oleh itu ramai pembaca ingin mengenali beliau dengan lebih dekat, mungkin bukan bertujuan hendak mengambil tandatangan celebriti sebagai kenang-kenangan. Ini termasuk lah Papa Gomo dan rakan Nadi Rakyat beliau yang sanggup berjuang di luar alam maya.

3- Setelah cabar mencabar di laman Facebook berlaku, akhirnya Azuan AMK ini telah terpedaya dan membuat laporan polis dengan tidak memikir akibat kesan sampingan jangka panjang yang akan muncul kemudian. Ini kerana muka beliau telah terdedah diserata media dan video kerana tindakan bodoh beliau. Segala indenti beliau termasuk kad pengenalan, alamat rumah dan telephone nombor beliau telah diketahui oleh umum. Ini lah yang dikehendaki oleh musuh beliau. Lain lah jika Azuan ini hendak bertanding di PRU 13 nanti sebagai calon PKR. Sebab itu lah Papa Gomo katakan “budak ni dah masuk perangkap”

4- Si Azuan ini akan menyesal tak kesudahan selepas ini dan mungkin menarikbalik tuduhan terhadap Papa Gomo, selepas beliau sedari bahawa beliau betul-betul dipergunakan oleh dua orang wakil PKR yang memperkudakan dan memberi salah nasihat kepada beliau. Wakil PKR tersebut ialah,

a- Azmizam Zaman Huri -  Naib Ketua AMK
b- Fariz Musa - Ahli Majlis Pimpinan (PKR)

5- Di pihak Papa Gomo pulak nampaknya beliau telah awal-awal memaklumkan bahawa beliau telah di ‘kambing-hitamkan’ oleh rakan Nadi Rakyat beliau sendiri dan ini lah yang akan beliau maklumkan kepada pihak polis nanti jika di panggil ke Balai Shah Alam untuk siasatan atas tuduhan mengugut hendak ‘membunuh’ si Azuan AMK. Ini Papa Gomo jelaskan di dalam blog beliau,

“Biasalah tu, dalam dunia hari ini maka di perlukan KAMBING HITAM dalam sesuatu pekara dan Gomo secara sukarela menjadi Kambing Hitam bagi seorang rakan Nadi Rakyat dalam memancing agar pelayar HarapanRakyat ini tampil keluar mendedahkan identiti nya.”  

6- Satu tugasan yang berat bagi Papa Gomo hendak menyakinkan Pegawai Penyiasat bahawa beliau telah di ‘kambing-hitamkan’ kecuali rakan  Nadi Rakyat beliau turut hadir dan membuat pengakuan bertulis. Bagaimana mungkin akaun Facebook Papa Gomo boleh digunakan oleh rakan beliau?
Jika di sertakan dengan bukti-bukti mungkin Papa Gomo akan terlepas dari tuduhan . Apakah akan terjadi kepada sahabat beliau yang telah membuat pengakuan tadi?
Nasihat pakar perlu didapati terlebih dahulu dan diminta jangan terburu-buru seperti si Azuan AMK Samdol.

7- Walaupun Papa Gomo telah mengakui beliau ‘secara sukarela menjadi kambing-hitam’, tetapi pilihan terbaik mesti dibuat untuk mengelirukan pihak lawan dan musuh negara. Alasan beliau nanti mungkin belum cukup kukuh untuk Pegawai Penyiasat.

8- Akhir sekali, penulis tidak berangapan langsung yang Papa Gomo telah di kambing-hitamkan oleh rakan Nadi Rakyat beliau kerana ramai blogers jalanan dan bebas yang mahu kekal berjuang secara ‘anonymous’. Rakan Nadi Rakyat beliau hanya menumpang ‘semangat, kekuatan dan keberanian’ daripada Papa Gomo yang sanggup mengambil pelbagai risiko ke tahap kamikaze dan sanggup “lari berbogel sekeliling KLCC” demi menghapuskan PKR-PAS-DAP dari muka bumi ini.

9- Sebenarnya ia sebagai satu penghargaan para sahabat Nadi Rakyat kepada Papa Gomo kerana mereka mengangap Papa Gomo mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang sanggup mengambil risiko. Satu pertanyaan kemuskilan,

“PRU 13 nanti boleh jadi wakil parachute untuk
DUN Selising, Pasir Puteh, Kelantan?” J

10- Nampak gayanya AMK cukup gah dan megah dan berkali-kali membuat laporan polis terhadap Papa Gomo dan sudah tiba lah masanya Papa Gomo mendapat bantuan untuk menyaman balas AMK sehingga tinggal teloq dua biji.

No comments:

Post a Comment