Multiple Pages

10/05/2011

Video:- Komplot Dalam Komplot Mencederakan Anwar PandiKuttey Memang Benar.

Oleh : HHalem

 
“Komplot dalam Komplot Mencederakan Anwar PandiKuttey yang tidak siuman” Fasa 1 

1- Pada rumusan yang lalu berdasarkan video di atas, penulis hanya ringkas menyatakan, “Ini bukan lagi mimpi. Ini adalah perancangan benar PKR.” 

2- Sekali pandang dan dengar apa yang diceritakan oleh Zahid Mat Arip, kita berpandangan negatif dan persepsi buruk terhadap beliau. Di akui kerana kaedah penyampaian x-PKR x-PBB ini seperti yang kita selalu dengar di bawah Pokok Cheri Hospital Alor Setar atau cerita dongeng di bawah Pokok Ketapang Penang atau pun macam cerita Mat Lahabau Melaka. Ia seolah-olah cerita Mat Gian Terengganu selepas kena air Daun Ketom. Ini adalah kerana beliau kaitkan dengan mimpi yang kita sedia maklum adalah auta semata-mata. Persepsi buruk ini ditambah lagi beliau ada kaitan dengan Tamrin. 

3- Penulis masih lagi mempertahankan cerita Zahid “Ini bukan lagi mimpi. Ini adalah perancangan benar PKR” di atas sebab-sebab berikut.
a- Setiap cerita Zahid penuh dengan emosi seolah-olah beliau sungguh-sungguh menyelami jiwa Wan Azizah dan berada disetiap perancangan rapi dan sulit bersama mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN. 

b- Dipercayai beliau termasuk didalam perancang sebenar komplot menipu itu ketika beliau masih lagi berada didalam PKR. Setelah mendapat maklumat bahawa komplot tersebut akan dilaksanakan dan dengan rasa penuh tanggungjawab beliau mendedahkannya untuk tatapan umum. Seperti juga x-PKR , x-Pekak Bisu Buta, yang lain-lain; apabila menyedari mereka di tipu hidup-hidup oleh Anwar PandiKuttey, maka segala-galanya akan dilondeh. 

4- Kenapa mendedahkannya disebalik mimpi-mimpi? 

a- Perkara komplot jika tiada bukti kukuh amat padah akibatnya. Zahid tahu perkara ini kerana sebagai perancang utama beliau harus berdepan dengan siasatan polis jika dilapurkan. Zahid pintar apabila berselindung disebalik mimpi dan menjadi bahan jenaka dan tiada sebarang laporan polis dibuat terhadap beliau. Apabila Anwar merasai beliau telah selamat daripada cerita Zahid yang dianggap dogeng itu, maka beliau terus melaksanakan komplot beliau. 

5- Hari ini kita dikejutkan dengan perlaksanaan “komplot dalam komplot mencederakan Anwar PandiKuttey” Fasa 1, apabila menerima berita seperti berikut yang dipetik dari Minaq Jinggo. 


...............................................................................................................................................
Makluman media: Laporan polis oleh pemandu Datuk Seri Anwar Ibrahim 



Pemandu peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Sdr Abdullah Sani bin Haji Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square( bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square)pada jam 3.30 petang, hari Selasa, 10hb Mei 2011. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Dato' Seri Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 hb April 2011 yang lalu. Pohon pihak media hadir membuat liputan. Kerjasama pihak anda amatlah dihargai. Terima kasih. 



Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by: 



BIRO KOMUNIKASI 

PARTI KEADILAN RAKYAT 

A-1-09, Merchant Square 

No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 

47410 Petaling Jaya

.................................................................................... 
Ikuti kisah Pemandu Anwar PandiKuttey dari Malaysian Insider.


PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.
Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar (gambar), Abdullah Sani Said.
Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini.
Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77.
Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada Anwar oleh rakan beliau.
Ketika kejadian kata Abdullah Sani, dia dan seorang pembantu Anwar iaitu Mohd Nurol Sayah baru sahaja mengambil isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dari satu majlis PKR di Chemor dekat Ipoh.
“Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, sebelum susur keluar Sungkai dekat KM353, sebuah lori secara tiba-tiba memotong ke arah laluan kanan dan memaksa saya menekan brek kereta,” katanya dalam laporan polis dibuat hari ini.
Abdullah Sani berkata, ketika dia cuba menekan brek keretanya, Mercedes S350 dipandunya mula menggetar dengan kasar.
“Saya dengar bunyi seolah-olah ada yang bunyi kasar dari bahagian belakang.
“Secara tiba-tiba tayar belakang seolah-solah terkunci dan tersekat, memaksa saya sedaya upaya memandu kereta ke arah bahu jalan,” katanya.

Kata Abdullah Sani, pemeriksaannya mendapati ada serpihan cakera brek kereta yang telah berpecah di atas jalan.

Katanya, dia dengan segera menghubungi kereta tunda di Slim River dan kereta itu dibawa ke bengkel RCY Benz di Glenmarie, Shah Alam untuk pemeriksaan.
Di bengkel, kata Abdullah Sani, dia dimaklumkan oleh mekanik bahawa cakera brek bahagian belakang kehilangan satu ‘pin bolt’, yang lazimnya berperanan sebagai penyokong kaliper brek.
“Saya dimaklumkan mustahil bagi ‘bolt’ terkeluar tanpa diusik,” katanya.
Kata Abdullah Sani, berdasarkan penjelasan mekanik, adalah jelas bahawa “ada pihak” yang telah cuba untuk mengusik kereta dengan matlamat mahu “menyebabkan kecederaan atau membunuh” ketua pembangkang atau anggota keluarganya.
“Dan, atas nasihat mekanik, ini menunjukkan bahawa ada elemen sabotaj, dengan melihat kenderaan ini selalu digunakan oleh Anwar,” katanya lagi.
Kata Abdullah Sani, dia khuatir tentang keselamatan dirinya dan ketuanya, oleh itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan segera.
Aduan Abdullah Sani disusuli dengan laporan daripada mekanik bengkel, Azman Hassan.
Dalam deklarasinya, Azman mengesahkan “mustahil bagi ‘pin bolt’ untuk terkeluar dengan sendirinya tanpa diusik oleh mana-mana pihak.
“Saya mendapati punca insiden disebabkan oleh kehilangan satu ‘pin bolt’ pada kaliper brek.
“Untuk pengetahuan anda, perlu ada dua ‘pin bolt’. Kehilangan salah satunya yang menyebabkan keseluruhan sistem brek sebelah kanan di bahagian belakang kereta rosak,” katanya.
Berdasarkan pengalamannya, kata Azman, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai mekanik dan pakar dalam kerja-kerja menyelenggara kereta Mercedes Benz selama tujuh tahun, mustahil bagi ‘pin bolt’ terkeluar dengan sendirinya.
Di luar balai polis, wakil Lawyers for Liberty Murni Hidayah Anuar yang menemai Abdullah Sani berkata, dia membuat laporan kira-kira sebulan selepas kejadian kerana mereka menunggu laporan siasatan mekanik.
Abdullah Sani berkata, dia pernah memeriksa sistem brek kereta itu Oktober lalu dan tidak mengesan sebarang kekurangan pada kenderaan itu.

3 comments:

  1. berapa anwar bayar kepada mekanik bengkel tersebut

    ReplyDelete
  2. nak tubuh suruhanjaya lagi ke weh....?

    ReplyDelete
  3. “...balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan...susur keluar Sungkai... brek kereta,”

    South bound lepas SUNGKAI!!?
    Tak silap aku Sektor tu sektor yang sama kejadian kemalangan Dato Aziz Shamsuddin pada akhir 1990an yang menakibatkan kamatian Isteri Dato Aziz! mmm..... mushkil nie... Biar detektif Conan siasat.

    ReplyDelete