Multiple Pages

24/06/2011

Datuk T Mengaku Salah & Di Denda. OK! Kemanakah Arah Kita?

Oleh : HHalem
1- Hari ini setelah perbicaraan terhadap Datuk T di jalankan, maka keputusan dibuat oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani bahawa ketiga-tiga tertuduh di dapati bersalah.

2- Kita telah biasa disajikan dengan perbicaraan kes Anwar yang berlarutan bertahun-tahun, ditunda-tunda dan di putar belit dengan hal-hal teknikal oleh Karpal Singh;  maka kali ini kita amat kecewa kerana perbicaraan Datuk T berakhir dengan begitu cepat sekali dengan pengakuan bersalah.

3- Mungkin ramai juga rasa gembira kerana tiada putar belit dan tidak payah menungu berbulan-bulan. Juga gembira setelah Datuk T di denda dan di hukum seperti berikut;

Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3 000 atau penjara 3 bulan.
Datuk Shuib Lazim didenda RM1 500 atau penjara 2 bulan
TS Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1 000 atau penjara 1 bulan

4- Bagi penulis apa yang mustahak ialah bukan Seksyen 109 dan Seksyen 292   ( a)  Kanun Keseksaan yang ingin diketahui, tetapi rumusan perbicaraan hari ini telah mendedahkan perkara-perkara berikut. Perkara ini tidak akan didedahkan kepada umum jika tidak kerana perbicaraan hari ini.

a- Datuk Eskay menyatakan dengan berekod  bahawa pelakon didalam video bukan lagi menyerupai Anwar, malah ia adalah sebenar-benar Anwar.

b- Laporan Profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, pada 4 Jun, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, apabila dibandingkan dengan foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah. Kata pendakwa;
“99.99% menunjukkan persamaan bahawa En. X (lelaki dalam video tersebut) adalah Anwar Ibrahim,”

c- Mendedahkan Anwar kepada pendakwaan kerana membuat laporan palsu.

d- Yang amat menarik sekali apabila pendakwa memberitahu mahkamah bahawa polis telah memperolehi rakaman CCTV dari pangsapuri di Ampang, mengesahkan bahawa Anwar dan Datuk Eskay berada di lobi pangsapuri tersebut pada 21 Februari, hari yang sama video seks itu dirakam. CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di lokasi itu pada waktu dan ketikanya.

5- Selepas kes hari ini, kemanakah kita selanjutnya? Yang kita harap-harapkan ialah supaya Anwar menerima hukuman secepat mungkin dan tidak lagi memberi peluang kepada Anwar untuk membuat tuduhan ‘pre-emptive’ dengan mengelilingi negara.

“Boleh Tengok Laporan 99.99 Untuk Di Hebohkan”

“Dedahkan CCTV Anwar/Eskay Di Lobi Untuk Di You-Tube-kan”


Sumber rujukan utama di sini>, di sini>, di sini>, di sini>

No comments:

Post a Comment