Multiple Pages

29/06/2011

IbuPejabat Bersih Di Serbu. Semua Haram Termasuk T-Shirt-Bas-Kasut-Bendera.

Oleh : HHalem

1- Polis menyerbu pejabat Sekretariat Bersih dan menahan 7 sukarelawan di Petaling Jaya hari ini 29hb Julai. Barang yang di rampas ialah T-Shirt: - 314 warna Kuning – 90 warna Oren – 136 warna Krim.

2- T-Shirt berlainan warna yang dirampas adakah ia untuk mengelirukan pihak polis semasa rusuhan nanti? Sekarang ini bukan sahaja warna kuning, malah pelbagai warna digunakan. Adakah ia untuk katagori perusuh gurka-boleh-pecah-kepala, pegawai-sembunyi-dalam-opis dan penganjur-pakai-loud-hailer-dari jauh?  Dengan serbuan polis hari ini, maklumat penting terkini telah di perolehi.

3- Menteri Dalam Negeri turut juga mengistiharkan apa-apa barangan yang membawa mesej yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 adalah terlarang kerana ia berkaitan dengan perhimpunan haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan berkata;

“Bukan sahaja kemeja-T,  tetapi juga kasut,  kereta dan bas. Jika bahan-bahan ini digunakan untuk menggalakkan orang untuk berhimpun secara haram ini adalah hasutan ”

“Berdasarkan risikan PDRM, jika perhimpunan diadakan ketegangan huru-hara kemusnahan harta kecederaan dan kehilangan mungkin berlaku ”  

4- Sehingga kini 1,830 aduan polis telah dibuat, 101 orang telah ditahan sejak empat hari lalu. 45 orang masih ditahan.

5- Syabas kepada pihak KDN dan Polis kerana tegas dan berani bertindak untuk langkah pencegahan menjelang Rusuhan Haram Bersih yang akan diadakan pada 9hb Julai nanti.

6- Harus diingat bahawa bukan sahaja kasut, kereta, bas, topi, bendera sahaja yang menjadi bahan menyokong dan menyeru Rusuhan Bersih patut ditangkap; malah Blogger yang terlibat juga patut ditangkap.  Rais Yatim tunggu apa lagi, bertindak lah segera dengan menutup blog yang menghasut rusuhan.

7- Yang jelas gembira dengan berita Menteri Amaran hari ini ialah ‘KJ The Beruk’ dan Tok Him, kerana mereka tidak termasuk didalam katagori ‘menyokong dan mengalakan Himpunan Bersih’, tetapi mereka menyokong himpunan Gerak Aman dan Patriot.

8- Oleh itu ayuh Pemuda dan Perkasa, teruskan mencetak banyak-banyak bahan mesej menyokong Gerak Aman dan Patriot dan menentang Rusuhan Bersih. Pihak keamanan di pihak anda atau sebelum Menteri Amaran tersedar dari mimpi.

Sumber rujukan utama  Malaysian Insider>

No comments:

Post a Comment