Multiple Pages

23/06/2011

Langkah Bijak:- MCA Akan Pecat Ahli. Umno Tak Nak Ikut Ka?

Oleh : HHalem

1- MCA mengambil langkah bijak akan memecat Ahli nya jika menyertai Rusuhan Bersih 2.0, maka parti-parti komponen BN yang lain patut ikuti jejak MCA juga.

....Petikan Utusan Online....

Ahli MCA yang menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk dipecat serta-merta daripada parti.

Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung berkata, parti mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab penganjur perhimpunan haram itu kerana boleh mengakibatkan keadaan huru-hara dalam negara.

Beliau turut mempersoalkan tujuan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan berkenaan sedangkan setiap masalah berbangkit boleh dibincang atau dibahas sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Perhimpunan ini salah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat permit, jadi saya minta semua ahli MCA supaya tidak menyertainya," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen 'Senyum Dalam Perkhidmatan' peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di pejabatnya di sini hari ini.

4 comments:

  1. salam bro,

    Umno tak nak ikut ke ? Hahahahahahahaha .... dalaaaaaam maksud tu !

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut. Habis kosong ahli Umno. tingal ketua cawangan saja.:-)

    ReplyDelete
  3. Itu cuma alasan MCA sahaja kerana telah banyak orang MCA adalah penyokong TEGAR Dap buat masa ini. Untuk menyedapkan hati barian kepimpinan BN MCA terpkasa berlakon untuk menghalalkan cara sedangkan MCA tahu ahli nya telah berkiblat ke Dap

    ReplyDelete
  4. UMNO mana ada teloq.... sama dengan meneteri amaran.....

    ReplyDelete