Multiple Pages

26/06/2011

PANAS. Perusuh Mahu Memerangi Agong Dan Menghidupkan Fahaman Komunis.

Oleh : HHalem

1- Sejumlah 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah mengambil kesempatan Himpunan Bersih 2.0 untuk menimbulkan huru-hara. Mereka telah di tahan dan akan dihadapkan ke Makhamah berdasarkan;

a- Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong. Seksyen 122 pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

b- Risalah perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.Turut di rampas beberapa sepanduk risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

2- Selepas ini akan bermula lah siri-siri penangkapan menjelang Rusuhan Bersih 2.0.

3- Yang anih nya, selama ini DAP yang di riuh rendah dikatakan berfahaman Komunis, tetapi PSM pula yang di tangkap. Memerangi Agong pula tu, ini dah kes berat.

......Petikan The Malaysian Insider....


Bersih 2 0 Polis siasat MP Sg Siput 29 lain mahu perangi Agong June 26 2011

GEORGE TOWN 26 Jun — Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput,  Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong kata polis

Semalam polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua

Menurut laporan media semalam kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2 0 yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan. Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur

Pada sidang media di sini hari ini Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 ” kata beliau

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam polis turut merampas beberapa sepanduk risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Penganjur Bersih 2 0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara..

No comments:

Post a Comment