Multiple Pages

17/06/2011

Pengodam ‘Lulzsecurity’ Dedahkan Pegawai Kerajaan Layari Web Porno. Update

Oleh : HHalem
1- Berita menarik susulan dari kecoh-kecoh mengenai Hacker/Pengodam yang telah menyerang laman web kerajaan Malaysia dan membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia tidak bersedia dan tidak berkemampuan menghalang serangan pengodam-pengodam dalam dan luar Malaysia. Setidak-tidak nya pengodam masih lagi ‘gentleman’ kerana memaklumkan masa dan tarikh untuk membuat serangan. Maka tiada lah alasan kerajaan untuk mendakwa bahawa mereka di serang dengan mengejut.

2- Apa yang mampu dikatakan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)  ialah serangan tersebut tidak bahaya dan hanya minima. Pada hakikatnya maruah dan kewibawaan kementerian yang menguruskan hal pengodam telah terguris dan meninggalkan parut yang dalam.

3- Apakan tidak nya, cuba lihat apa yang telah didedahkan oleh pengodam Lulzsecurity. Amat memalukan apabila mereka mendedahkan terdapat kakitangan SKMM yang melayari internet dan website porno dengan mengunakan website rasmi dan email rasmi.

4- Seorang kakitangan SKMM En. Muhammad Azmeal Hj Ali dikatakan oleh pengodam telah melayari internet porno dengan mengunakan email kerajaan ‘azmeal@cmc.gov.my’ untuk tujuan tersebut. Penulis belum ketemui laman ‘I Love Dyna’ yang dimaksudkan oleh pengodam Lulzsecurity. (update. Blogger Tendang Terajang berpandangan ia adalah kata laluan. Tq U Tuan Tendang)

Samaada lawatan ke website porno tersebut ataupun tidak adalah sebahagian dari tugas rasmi beliau atau suka-suka tidak diketahui tetapi yang pastinya ia membawa implikasi yang negatif terhadap seorang pegawai kerajaan. Jika ini tugas rasmi beliau, apa kah hukum-hakam nya.

5- Untuk makluman, staf SKMM mengunakan email “nama-staff@cmc.gov.my”. Pemeriksaan lanjut dilaman web SKMM tidak di jumpai nama Muhammad Azmeal dan timbul lagi pelbagai tanggapan negatif.

6- Azmeal bertugas di Content Regulation Department, Monitoring and Enforcement Division. Ini diperolehi dari email yang dijumpai yang dihantar beliau kepada sebuah website berbahasa China dengan memberi amaran seperti berikut;

6- Azmeal juga mempunyai ramai Kawan di Facebook (530) > 
Dari sini di dapati Azmeal adalah seorang facebooker yang sangat aktif.

7- Tidak banyak maklumat yang didapati untuk pegawai Kamarudin Alias yang bertugas di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri >. Sekali lagi pelbagai persepsi negatif  timbul dari sini. Mana mungkin seorang pegawai Maritim yang mengunakan email rasmi kerajaan tetapi tidak ada nama didalam senarai kakitangan mereka. (update. Senarai nama pegawai Maritim>)

8- Jika anda selalu melawati website porno dan dengan cuai mengunakan password yang sama, semak nama anda disini.> Mungkin nama anda terdedah serata dunia.

9- Di harap kerajaan dapat menyelesaikan apa yang diketemui, samaada ia benar atau tuduhan liar, dengan segera kerana ia sedikit sebanyak telah mencemar kewibawaan pegawai kerajaan. Nama kedua-dua pegawai kerajaan yang terbabit akan senantiasa di awasi oleh pemerhati luar.

4 comments:

  1. kalau ikut keterangan di atas, tiada laman "I love Dyna". Ianya merujuk kepada katalaluan "ilovedyna" dengan emel sebagai kata-akses.

    ReplyDelete
  2. Hmmmm, Tuan betul di situ.

    Kata laluan ke laman porn.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,
    Tidakkah ada sekatan sekiranya cubaan dibuat untuk mengakses ke laman-laman yang dimaksudkan melalui getway/akses internet jabatan? Kalau tiada, saya rasa ianya boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  4. Ghazali:-)

    Memang boleh block. entah kenapa dlm kes ni dia boleh terlepas. Mungkin kerja dia kot.

    Tapi kalu kerja pun, x kan siap login dgn password plak tu.

    ReplyDelete