Multiple Pages

18/06/2011

Rais:- Ada bukti Pakatan Rakyat Terlibat Menggodam Laman Web. “Menderhaka kerana berniat menghancurkan negara,”

Oleh : HHalem
Mengambarkan Pecinta dan Penggodam Upahan Pas-Pkr-Dap menderhaka dan terlibat menghancurkan kepentingan negara.


1- DS Rais Yatim tentu telah mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyatakan bahawa serangan penggodam ke atas 198 laman web rasmi kerajaan ada kaitan dengan himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai nanti. Statement Rais memang terbuka luas kepada pelbagai andaian dan spekulasi dan ia tidak ubah seperti apa yang selalu di lakukan oleh bloggers setiap hari.

2- Lebih dahsyat lagi apabila Rais berkata ia bermotifkan politik dimana  90 % penggodam adalah dari dalam negara. Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu.
Ini memang berat kerana Rais mengambarkan dan membayangkan pecinta-pecinta jika tidak pun askar-askar upahan Pas-Pkr-Dap turut terlibat.

3- Di perkukuhkan lagi apabila CEO CyberSecurity Malaysia,  Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, berkata mereka sudah mengenalpasti pihak bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan dan swasta, sejak beberapa hari lalu.

4- Jika ia ada kaitan dengan himpunan Bersih 2.0 dan bermotifkan politik dan melibatkan kepentingan negara dan menderhaka, tunggu apa lagi. Sumbat lah mereka kedalam ISA bersama penganjur Bersih. Nama dalam senarai yang teratas sekali untuk di ISA-kan ialah Mat Sabu dan Ambiga Saree.

5- Kata Rais lagi;
“Mereka yang melakukannya boleh dianggap menderhaka kerana berniat menghancurkan negara,”

Ini kes berat yang boleh dibuang negara, bukan sahaja buang daerah terhad di bawah ISA. Jika di zaman Hang Tuah, hukum sula dan pancong lah jawap nya. 
Nampak jelas satu persatu kes di bina dan di himpunkan untuk tindakan operasi penahanan.

Kita tunggu “Operasi Godam Bersih” 
Atau
“Operasi Lalang 2.0”.



1 comment:

  1. Kerajaan BN jangan tunggu2 lagi.
    Tangkap aje Ambiga dan Mat Sabu di bawah ISA kerana mengancam keselematan negara!
    Kalau tidak, Mei 13 akan berulang!
    Mungkin ini yg ditunggu oleh Kerajaan!

    ReplyDelete