Multiple Pages

03/06/2011

RBf Kecundang Oleh Ugutan Musuh. Musuh Berjaya

Oleh : HHalem

1- Satu lagi perkembangan menarik telah berlaku kepada RBf Online, Blogger Bebas dan pro-Umno-BN, dimana beliau telah menerima ancaman terhadap keselamatan diri; 
“Saya baru menerima berita dari pengawal keselamatan di kawasan kediaman saya. Katanya ada dua lelaki yang tidak dikenali dan berlagak samseng telah datang ke pondok pengawal tersebut bertanyakan mengenai saya kepada pengawal keselamatan terbabit”  Ruang Bicara Faisal >

“Cuma saya ada sedikit masalah dengan isteri dan ibu yang menyalahkan saya berhubung kejadian petang tadi. Mereka berkata semua itu kerana punca saya berblog” Ruang Bicara Faisal >



2- Perkembangan ini sangat menarik kerana ia berlaku berturutan selepas Papa Gomo mendapat pelbagai ugutan dan laporan polis terhadap beliau. Di percayai Rbf menerima gertakan oleh pihak tertinggi Pas dan ia berlaku selepas beliau berjaya membuat Kickdefella membuka mulut menerima RM350 ribu dari Husam Musa yang selama ini kedua-dua pihak cuba menyembunyikan nya dari pengetahuan umum. Ini dibuat dengan 5 soalan RBf yang memang memerangkap dan membuat Kicdefella tersandar ke dinding. 

RBf memang terkenal di kalangan orang-orang Pas kerana telah dicelako-celakokan oleh Tok Guru Nik Aziz. Walaubagaimana pun beliau telah terlalu awal menghebahkannya ke seluruh Malaysia mengenai kejadian tersebut. 

3- Di dalam perkembangan yang lain, dunia ‘political blogging’ bukan sahaja berlaku ugut mengugut, maki memaki, cerca mencerca didalam alam maya sahaja; malah ia telah bertukar kepada keganasan di alam nyata. Perkembangan ini kurang sehat dan amat merbahaya kepada keselamatan diri dan keluarga. 

4- Punca utama yang penulis dapat rasakan dan amati berlakunya cerca mencerca ini ialah apabila; 

1- Pemblog terasa ‘tension dan stress’ yang amat sangat kerana terlalu banyak menulis articles didalam satu hari. Ada yang melebihi 6 posting dalam 24 jam. Tension dan stress ini menyebabkan hilang kawalan dan pertimbangan. Maka berlakulah ‘naik-angin’, ‘cepat-marah’ dan ‘tension-stress’ menjurus kearah maki memaki di alam maya.

2- Kurang dan tidak cukup nya tidur, kekadangnya sehingga 4 atau 5 pagi belum tidur, menyebabkan cepat ‘naik-angin’ tadi. Pusingan tidur-bangun telah bercelaru dan mudah dihinggapi ‘hyper tension’. 

5- Terlebih berblog ini juga menyebab hubungan kekeluargaan kurang mesra kerana ‘quality time’ bersama anak-anak dan isteri terpaksa dikorbankan. Isteri memarahi suami kerana asyik berblog sehingga terlupa tanggungjawap lain seperti mencari pekerjaan sebagai kepala keluarga atau mengabaikan tugas-tugas yang patut dan biasa dilakukan sebelum mula berblog. Selepas ketagih berblog mungkin sembahyang 5 waktu sehari juga menjadi kurang disebabkan selalu terlepas waktu. 

6- Semua perkara di atas menjadi bertambah rumit jika ibu atau mak mentua turut masuk campur didalam urusan berblog dimana segala kesalahan rumahtangga dipersalahkan kepada berblog. ‘Penyakit Blog’ ini penulis rasakan sama serious dan teruknya seperti ‘penyakit-sembang-kedai-kopi’ yang mana masa dihabiskan berjam-jam tanpa henti. Apabila kita syok sendiri semasa bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi, begitu jugalah kita syok sendiri apabila berblog. 

7- Oleh itu mari lah kita pergi bercuti untuk merehatkan minda. Penulis akan ke Awana Kijal Resort Terengganu buat seketika dan akan ronda-ronda di Kuala Terengganu, dan mungkin selepas itu pergi lepak-lepak di Tasik Kenyir Resort. 

8- Kepada RBf selamat menempuh dugaan dan cabaran. Nasihat yang diberi (oleh Polis??) mungkin terdapat beberapa hikmah yang baik dan perlu di ikuti. Jika tidak, bermakna beliau telah kecundang kerana inilah yang diinginkan oleh pihak musuh iaitu supaya beliau berhenti menulis. Adakah ini perjunagan namanya?



Mungkin posting selain tajuk berbentuk politik akan meredakan keadaan.
Umpama nya ‘Mari Memancing’


“Samy Vellu - Orang Gila Punya Kerja”

No comments:

Post a Comment