Multiple Pages

25/07/2011

Akhirnya Dr Asri Di Chop Pemangkin Kepada Ancaman Kestabilan Negara Oleh MKN

Oleh : HHalem.
Kerana Keangkuhan - Akhirnya Di Chop Di Dahi Sebagai Pemangkin 
Kepada Ancaman Ketenteraman Awam


1- Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menyenaraikan beberapa tokoh-tokoh agama, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan seruan-seruan beliau yang boleh “mengancaman ketenteraman awam dan boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara.”

2- Jika berita ini benar seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang, ia membawa kita ke satu perkembangan positif.


Apa itu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) & Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.

MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971.

Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:

“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”.

Terdapat 21 arahan dikeluarkan oleh MKN sejak tahun 1971.

Arahan yang kerap digunakan adalah Arahan MKN No. 20 yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana negara. Arahan ini digubal berikutan beberapa peristiwa bencana termasuk tragedi Highland Towers pada Mei 1994.

Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.

Arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman non-traditional antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan.

2 comments:

  1. HH,
    Asri angkuh kerana berada di alam Fantasia.

    ReplyDelete
  2. Fahaman wahabi memang merosakkan perpaduan umat ..

    ReplyDelete