1- DS Hishammuddin menjelaskan bahawa tindakan
susulan akan di ambil terhadap Pengerusi Besih, Ambiga berserta dengan pemimpin
pembangkang yang ditahan ketika perhimpunan itu dan ia akan diputuskan Peguam
Negara selepas siasatan mengenai penahanan mereka selesai. Jelas beliau;
“Kita panjangkan kepada Peguam Negara
untuk ambil tindakan terhadap mereka yang sengaja mahu
negara huru hara sedangkan jumlah terlibat tidak sampai 10,000 orang tidak
menggambarkan sokongan terhadap penganjur perhimpunan itu”
2- Ramai yang mengjangka bahawa selepas dibebaskan
dari tangkapan oleh pihak polis, tidak melebihi 24 jam, maka akan selesai lah
semua siasatan dan kes di tutup begitu sahaja. Malah individu yang di tangkap
akan di ambil tindakan oleh Peguam Negara.
3- Penulis berpendapat tindakan yang akan di
ambil terhadap mereka-mereka yang di tangkap bergantong kepada tekanan di dalam
negara dan luar negara. Pihak pembangkang akan melakukan pelbagai usaha untuk
mengelakan pertuduhan melalui tekanan NGO atas nama hak asasi manusia dan
kebebasan bersuara seperti Article 10
Fasal (1) - Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan.
4- Kedudukan DS Najib amat goyah kerana di
satu pihak beliau memang telah dibenci pembangkang dan di pihak satu lagi ialah
beliau akan di cemoh oleh penyokong kuat Umno-BN jika tidak ada apa-apa
tindakan diambil terhadap perusuh tadi. Sebahagian rakyat berkehendakan perusuh
di hukum, walaupun mereka mengetahui bahawa bidang kuasa menghukum terletak di
bahu Peguam Negara dan bukan nya Najib.
5- Jika PRU 13 di adakan dimasa yang terdekat
ini, disaat mana Najib diperhatikan dan akan dihukum oleh orang-orang beliau
sendiri, maka nasib BN nanti akan lebih teruk lagi daripada PRU 12. Dan ini lah yang
dirancang oleh Anwar selama ini.
Salam,segala amaran dan undang2 malaysia telah mereka langgar dengan mempelekehkan pemerintah sampai YDPAgong pun di permainkan dan di persendakan,kalau tindakan yg seberatnya tidak di ambil di atas mereka2 yg mengetuai perhimpunan tersebut maka majoriti raayat akan hilang kepercayaan kepada kedaulatan negara dan pemerintah.BN juga yg akan rugi besar nanti di PRU 13.
ReplyDeletePatriot macam mana?
ReplyDeleteSalam eloklah jikalau kita buat sedikit undian.
ReplyDeleteApakah yang patut Kerajaan lakukan kepada Anuwar dan Ambiga kerana menderhaka Titah kepada DYMM YDP Agong dengan menganjurkan Demosntrasi Haram.
1. Lucut Kewarganegaraan.
2. Lucutkan gelaran Datuk
3. Hukum diatas Ordinan Darurat
4. Buang Daerah ke Pulau Bidong.
Anda boleh pilih 2 sahaja.
Terima kasih.
1- Lucut warganegara.
ReplyDeletemaka yg lain2 terjadi dgn sendiri.
Kerajaan kena tegas jangan nak wait and see lagi. Kalau lemah akan datang ada bersih 3, 4, 5 dan seterusnya. Zaman Tun M dulu pun tegas juga tapi ramai yang percaya dan respect dengan pimpinan dia.
ReplyDelete