Multiple Pages

15/07/2011

Dr Asri:- Umno ‘Pengampu & Feudal’. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Hayat Tidak Panjang.

Oleh : HHalem.

1- Susulan kehadiran 3 serangkai di dalam satu pentas forum Program Pengajian Tinggi telah menterjemahan kepada kita bahawa pemikiran mereka-mereka yang di jemput untuk membincangkan isu tindakan kerajaan terhadap rusuhan Bersih 2.0 adalah serupa atau mirip kepada kritikan terhadap kerajaan dan lebih menjurus kepada sokongan terhadap pembangkang.

2- Jemputan ternama ke Forum  ialah seperti Dr Asri dan Khiri Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pendidikan sebagai Pengerusi Majlis.


3- Kumpulan dalaman seperti ini mampu membakar dan merubah pemikiran pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang akan bangun memberi kritikan kepada pentadbiran DS Najib. Ia akan menjurus kepada pemberontakan minda pelajar dan jika dibiarkan berterusan akan menjurumus kepada pemborontakan kampus dan seterusnya persedian kepada pemborontakan jalanan selanjutnya.

4- Kedua-dua tokoh Dr Asri dan Saifuddin yang lebih menjurus kepada idea pembangkang itu tidak langsung menyentoh perihal larangan pemerintah supaya tidak datang berhimpun yang telah pun dimaktubkan haram.

5- Mereka juga sengaja mengabaikan dari segi sejarah bahawa apa yang dibuat atau dianjurkan oleh Pkr-Dap-Pas tetap akan menjurus kepada rusuhan, walaupun pilihanraya parti mereka sendiri. Keganasan adalah darah daging Pkr. Mana ada istilah aman kepada puak-puak Pkr. Ini Dr Asri tidak sentuh langsung atau beliau sengaja membutakan hati dan mata.

6- Ikuti apa kata mereka yang lebih berat sebelah kepada kumpulan Bersih 2.0.
Ini pemikiran Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau mengkritik didalam Umno sekarang terdapat Golongan Pengampu dan Pemikiran Feudal.

“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu” – Golongan Pengampu

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan,  dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik,  namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan ” – Pemikiran Feudal

“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya...pemikiran feudal ini perlu dibuang”

“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu,  ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar”

“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil,  namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada,  sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan,  apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan,  dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain ”

"Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna”

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya ”

“Itu hak mereka untuk tidak berkumpul,  saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan”

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan,  polis benarkan,  malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini ” katanya kepada MInsider>

Patut di singkirkan segera.

Ini pemikiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin.

Dibawah ini ialah pemikiran seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak sehaluan dengan pentadbiran DS Najib. Ia di luahkan sebelum forum dan kemudiannya beliau menganjurkan himpunan dengan orang yang sehaluan dengan beliau untuk disebarkan kepada warga-warga institusi pengajian tinggi.

 “Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya.  Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih serta pihak-pihak lain ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar”

“Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu Istilah polis iaitu perhimpunan haram adalah memadai oleh itu saya mahu supaya kita meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini”

“BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini kerana sedikit sebanyak perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan ”

 “Seperti dalam Twitter dan Facebook saya tidak menyokong Bersih.  Saya menyeru politik baru yang terdiri daripada empat perkara iaitu integriti politik kerangka pentadbiran baru inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif “

“Justeru saya faham apa yang dibawa oleh Bersih ‘faham’ tidak sama dengan ‘sokong’, kalau pun saya setuju dengan satu daripada tuntutannya itu juga tidak sama dengan sokong”

“Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi tetapi ia mesti diadakan dengan cara yang sesuai”

“Pada saya antara cara yang sesuai ialah seperti yang dicadangkan Suhakam sekiranya kita menggunakan cadangan Suhakam ada kemungkinan perhimpunan Bersih itu dapat diadakan dengan permit polis dan aman” MInsider>

Pemikiran Khairi.  Macam Mana?

Video jawapan kepada persoalan di atas akan di siarkan selepas ini.

11 comments:

  1. mamat ni punya ayat yang tukang buatnya adalah seorang felo penyelidik di UKM... Gumuk orgnya. Dia juga adalah penasehat kpd anak puaka, Nurul Izzah

    ReplyDelete
  2. Sapa nama felo tu?

    Boleh kita cari gambar dia kat UKM.

    Sat lagi nak lalu depan UKM.

    Klu x jumpa, kita tanya Pakcik kita.

    ReplyDelete
  3. oRang kAmpong15/07/2011, 17:34

    cakap ikut lidah xbertulang memang senang.berhimpun secara aman utk menyampaikan resolusi.bukan sema rakyat msia ni faham konsep politik baru datok ooi.nak kawal anak 4-5 org pon susah inikan pulak perhimponan puluhan ribu org.klu sema org yg dtg xpe gak, ni sema ada jin,pocong,antu cina dan taliban pon entah2 ada.kome org kampong datok pegi mampuslah ngan politik baru awok tu.nak bebas sgt konon nye.bebas taik kucing.xsuka apa yg spr buat usulkan dlm parlimen.xkut usul xmenang.memanglah xmenang tunggulah wokme merentah dulu.nak merentah wokme kena menangi hati rakyat majoriti bukan rakyat minoriti mcm apa yg wokme buat skang.kome xkenan buat perangai belarak kat jalan ramai2 gitu.klu kwn ckp jgn marah.xdelah tamadunnya buat gitu.politik baru apa gitu politik taik kucing.

    ReplyDelete
  4. Apabila orang itu menyatakan sesuatu yang berbau kritikan kpd umno/bn, maka teruslah dia dicap sebagai khianat atau berniat jahat. Sekiranyanya dia mengiya atau menyokong setiap tindak tanduk umno/bn walau betapa bodoh pun, maka dia dira orang yg setia kpd perjuangan. Sikap inilah yg akhirnya akan menjahanamkan umno/bn. Dan artikel di atas adalah satu contoh amat baik sikap yg akan mengurangkan sokongan kepada umno dan akhirnya memusnahkan umno itu sendiri. Celikkanlah mata wahai orang umno.

    ReplyDelete
  5. Bila ssorg yg ada jawatan dalam pakatan bercakap sst yg berbau kritikan, terus ditendang!Tak itu anon 17:43? ;)

    ReplyDelete
  6. bersih,,,adakah ia satu perhimpunan?atau satu perarakan?berhimpun?????berarak?????

    ReplyDelete
  7. oRang kAmpong15/07/2011, 20:02

    bro kwn mintak maaflah nak gunakan blog awok ni bab blog,face book dan twiter kwn xsiap2 lg buat dek anak kwn.kwn pernah bertanya datok yg awok kesahkan ni secara peribadi nape kita xguna blog,face book dan sbgnya utk counter blk asakan pembangkang 2-3 th yg lalu.dia cakap xblh kita gunakan senjata yg di cipta olih pembangkang.skang apa jadi.kwn rasa jauh mnelah baiknya blog2 penyokong kerajaan klu nak bandingkan dgn blog2 depa tu.kawan sekolah juga reti amat menilai hak mne molik ke xdak.politik baru bukannya senjata utk kita berperang melawan musuh.awak nak cerita pasal politik baru di temeloh.ketua cawangan dan jawatan kuasa bahagian tu mantapkan dulu akarnya.kwn taulah dia org merungut sokmo.awak xpelah dapat jd menteri.sepatutnya kita kena bantu org keliling kita dulu baru bantu org lain.dia org bukan mintak duit datok.PANCING.lepas tu dlm 50 th lg baru kita cita pasal politik baru.

    ReplyDelete
  8. Jijah Tertipu15/07/2011, 21:32

    Tiada istilah, 'KALAU'.....tak ada maknanya En Saiful cakap, 'kalau' diberi permit, mereka akan berhimpun secara aman. Saya dah masak dgn orang2 Malaysia ni..walaupun tak dijentik, baru di 'jeling', mereka akan melenting...Bukan semua org suka tengok orang berarak2 ramai2 tengah jalan sampai jalan jem...org pun banyak urusan lain.. kalau setakat nak hantar memorandum, tak payahlah nak berarak satu KL..Naik kereta pergi Istana, hantar memorandum, terus balik...apa susah..suruhlah pemberita tunggu kat pintu Istana tu kalau betul2 nak glamour... Ni tak, korang nak berhimpun war2kan sebulan awal...manalah org tak berjaga2..apa salah malam decide, pagi esok korang2 geraklah berarak... kalau ada org join, joinlah...
    Dan ustaz Asri cakap, masuk politik sebab nak mengampu..Apa kurangnya diri tuan sendiri, tuan parti apa??? Parti tuan tu bukan parti politik ke?? Ha...apa...oh...parti tipuware...patutlah pon....!!

    ReplyDelete
  9. mengapalah si bodoh macam ni boleh jadi timb. menteri...untuk ustaz asri dipersilakan menceburi bidang politik....cakap luar gelanggang memang sedap...cuba masuk gelanggang baru tau awak tu cerdik ke bodoh....

    ReplyDelete
  10. kalau ada ruang sy akan bongkar siapa asri di jordan dulu,,

    ReplyDelete
  11. Anon 10:35:-)

    Banyak ruang di sini haa:-)

    Bongkar ajaa.

    Kalu cantik dan berasas, kita posting semula atas nama 'mouse', bukan pena, Tuan.:-)

    ReplyDelete