Multiple Pages

06/07/2011

DS Najib Setelah Tergesa-gesa Menawarkan Stadium, Hari Ini Meletak Syarat Seolah-olah Berfikir Dua Kali.

Oleh : HHalem.

1- DS Najib setelah menawarkan sebuah stadium kepada himpunan Bersih Sabtu ini (9 Julai) dan kemudian berkata hari ini kerajaan bersedia berbincang mengenai lokasi stadium tersebut, tetapi ia adalah dengan bersyarat. Mungkin setelah berbincang dan menyedari risiko yang akan timbul maka beberapa syarat telah ditetapkan. Kata DS Najib;

“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan lokasi dengan aman...Jika ada kejadian yang tidak diingini penganjur akan dipertanggungjawabkan ” Rujuk MalaysianInsider>

“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya atau pun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara atau pun kerosakkan hartabenda atau pun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” Rujuk Malaysiakini>

2- DS Najib telah meletakkan syarat yang beliau ketahui bahawa pihak pembangkang tidak akan bersetuju kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terletak dibahu pihak berkuasa dan dibawah tanggongjawap pihak polis.

3- Pihak penganjur Bersih dan pembangkang akan meminta pihak polis menjaga keamanan didalam dan diluar stadium kerana limpahan peserta bersih akan berlaku. Kenderaan dan lalulintas akan terganggu dan berpusu-pusu beberapa kilometer dari stadium. Kekecohan menuju ke stadium tetap akan berlaku. Pihak-pihak yang mengambil peluang membawa senjata tajam dan lastik bebola besi tidak akan teragak-agak mengambil kesempatan. Penemuan pelbagai senjata merbahaya oleh pihak polis sebelum ini wajiblah dijadikan panduan oleh DS Najib bahawa himpunan Bersih akan menjurus kepada keganasan walau diadakan dimana sekali pun.

4- Jika keganasan berlaku, adakah ia satu lagi provokasi yang dimulakan oleh orang-orang Umno-BN yang menyamar memakai baju kuning dan memulakan segala sengketa?

5- Kita semua tahu bahawa jika terjadi apa-apa kemalangan atau cedera hasil dari himpunan Bersih, mahu secara langsung atau pun tidak, ia tetap akan menjadi tanggongjawap pihak berkuasa polis dan trafik lalulintas untuk mengawal keadaan. Pihak penganjur Bersih senang-senang cuci tangan kerana mereka tergolong didalam golongan orang awam.

6- Jika pencapaian diantara pihak kerajaan dan pembangkang mengenai siapa yang akan bertanggongjawap mengenai keselamatan dan ketenteraman awam tidak mendapat persetujuan, maka himpunan Bersih masih lagi dikatagorikan sebagai haram.

7- Persetujuan DS Najib menawarkan stadium amat memeningkan kepala pihak polis dan KDN kerana haruskah himpunan Bersih 2.0 dihalalkan semula setelah di haramkan. Apakah syarat-syarat dan krateria untuk menghalalkan nya semula dan tarikh kuatkuasa halalnya? Orang yang telah ditangkap sebelum tarikh kuatkuasa halal adakah ia tetap haram?

8- Jika perhimpunan Bersih 2.0 masih lagi haram sehingga ketarikh akhirnya, maka Ambiga telah melanggar ‘TITAH DYMM YDP AGONG’, dan apa kah hukuman kepada Ambiga? Mungkin Akta di bawah amat sesuai untuk Ambiga.

Seksyen 121 (Kanun Keseksaan)  memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang didapati cuba melancarkan peperangan dan menderhaka ke atas DYMM Yang Dipertuan Agung. 

9- Di dalam isu yang sama, apabila di soal mengenai keperluan campurtangan DYMM YDP Agong, ini kata DS Najib seolah-olah kewibawaan beliau tergugat;

“Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri saya ketua penasihat kepada Agong ”

10- Maka kekal lah di dalam sejarah pemerintahan DS Najib bahawa Himpunan Bersih telah di haramkan dan kemudian di halalkan di dalam masa seminggu.


“Ada kah ini dinamakan Flip Flop besar-besaran”


7 comments:

  1. Seharusnya kenyataan PDRM bahawa ada kemungkinan meminta bantuan ATM tidak dipandang ringan. Tentunya PDRM telah menghidu sesuatu yang teramat buruk mungkin berlaku kerana selama ini hal-hal perhimpunan haram begini mampu ditangani sendiri oleh PDRM.

    ReplyDelete
  2. ATM naugan DYMM YDP Agong senantiasa berjaga-jaga dan tidak dilupakan walaupun di dalam stadium.

    Semua dah masuk dalam satu perangkap, jadi mudah lah sikit untuk di kepong.:-)

    Klau cedera, mesti big-time punya.
    Klau stadium runtuh, mesti juga big-time. Lebihan capacity siapa tanggungjawap? JKuasa stadium bertanggongjawap kerana benarkan walaupun tahu ia akan lebih capacity?

    Harap-harap sesuatu positif akan muncul dari semua kejadian ini.

    Kata nya, setiap kejadian ada hikmah.

    ReplyDelete
  3. jika stadium ditawarkan jangan benarkan stadium berhampiran ibu negara kerana kemungkinan mereka akan berarak ke pusat bandar jika tidak dapat dikawal. Stadium shah alam paling tepat..gasak kau lah nak buat apa..

    ReplyDelete
  4. pada pendapat aku....tak perlulah pihak polis memantau apa yang akan berlaku pada 9 julai tu....dinasihatkan agar pak-pak polisi duduk berehat dirumah atau bawa anak isteri makan angin....lantaklah puak2 yg tak reti bahasa tu nak buat apapun.....orang kalau sudah tak siuman....mana boleh ditegur atau dilarang....biar pihak bomba pancutkan petrol.......kita bakar manusia2 yg suka menyusahkan orang lain....

    ReplyDelete
  5. perhimpunan yg mereka nak buat di jalanraya itu sememangnya haram...kerana tiada permit..perhimpunan yg akan dibuat di stadium akan jadi haram jika mereka tidak ada permit...ia akan jadi tidak haram jika ada permit..tiada siapa dalam malaysia boleh dgn begitu sahaja kata itu haram ini tak haram..harap penulis pon jgn lah buat andaian sendiri..apa-apa yg dipersetujui perlulah ada syarat..syarat yg PM bagi pon biasa lah..hari ni khalid ibrahim pon bagi syarat yg sama..jd apa masalahnya?

    ReplyDelete
  6. ini la susahnya jadi org kecik...
    bengong dgn arahan n keputusan org atas..
    jadi org atas, kena tanggung jawab...
    jgn nanti org bawah ni give up...
    wat x kesah..
    yg menurut perintah..
    asal dapat duit gaji..
    hehehe.....

    ReplyDelete
  7. jadi orang kecil yang menurut perintah still ok...
    tapi jangan jadi hamba yang dicucuk hidung...
    yang menyucuk pulak tu Kafir Harbi Ambiga...

    apa-apa hal pun selamat berkandang dalam tandas (khalid gagap yang cakap)..

    ReplyDelete